Bengkel terap keusahawanan Islam

Bengkel terap keusahawanan Islam

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Bengkel Keusahawanan anjuran Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya UNISSA melabuhkan tirai hari ini dengan penyampaian sijil kepada peserta.

Seramai 16 peserta Bengkel diadakan di Sekolah Perdagangan Brunei menerima sijil daripada Kaunselor Kanan Perdagangan LiveWIRE Brunei, Awang Mohd Fadhilullah Tudun bin Haji Hassan.

Hadir sama di majlis itu ialah Pengerusi Alumni UNISSA, Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit.

Bengkel merupakan satu inisiatif pihak UNISSA untuk mengurangkan peratus pengangguran melalui penerapan kemahiran perniagaan. Peserta bengkel diberi subsidi lebih daripada 50 peratus untuk pembayaran bengkel dalam usahanya menarik minat graduan lepasan universiti berkenaan untuk mengikuti bengkel tersebut yang dikendalikan oleh LiveWIRE Brunei.

Gambar ramai peserta Bengkel Keusahawanan bersama sijil masing-masing.
Gambar ramai peserta Bengkel Keusahawanan bersama sijil masing-masing.

Antara modul yang dibincangkan dalam bengkel selama empat hari itu ialah Kewangan Islam, Ke arah Usahawan Islam Berjaya, Sumber Perbankan dan Kewangan, Jualan dan Pemasaran serta Pengurusan Risiko Pemilik Perniagaan.

Objektif bengkel adalah pendedahan secara teori mengenai selok-belok perniagaan termasuklah pendaftaran nama syarikat, perbankan, pengurusan pekerja, pengurusan kewangan, pinjaman perbankan dan menjadi seorang usahawan Islam berjaya.

ARTIKEL YANG SAMA