Bengkel tunjuk teknik betul alun dikir

Bengkel tunjuk teknik betul alun dikir

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April – Sebagai pendedahan lebih mendalam mengenai lagu Dikir Brunei, Jawatankuasa Masjid Mohamed Bolkiah dan Jabatan Hal Ehwal Masjid bersama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong telah mengadakan Bengkel Dikir Asraqal Jawi yang berlangsung di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop, baru-baru ini.

Bengkel sehari yang dikendalikan oleh imam masjid berkenan, Haji Muslim bin Haji Abdul Razak bersama Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Haji Masri bin Haji Mohamad itu dihadiri oleh seramai 70 orang yang terdiri daripada peserta pertandingan Asraqal Jawi, imam dan bilal serta ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid.

Bengkel ini bertujuan untuk menyelaraskan lagu dikir Brunei lama iaitu Asraqal Jawi di kesemua masjid di seluruh negara, di mana lagu ini akan dipertandingkan bagi peringkat negara pada Mei nanti.

Selain itu, ia juga diharap dapat memberikan tunjuk ajar kepada peserta mengenai teknik dan cara mengalunkan lagu yang begitu unik, di samping memberikan ilmu kepada mereka mengenai lagu Dikir Brunei yang jarang diketahui oleh orang ramai.

Bergambar ramai bersama para peserta bengkel.
Bergambar ramai bersama para peserta bengkel.

p10-4_20160427

ARTIKEL YANG SAMA