Benitez bakal terajui Real Madrid

Benitez bakal terajui Real Madrid

SEPANYOL, 2 Jun (Reuters) – Naib presiden Real Madrid, Eduardo Fernandez de Blas secara tidak sengaja terlepas kata pada pertemuan kumpulan peminat-peminat mengatakan Rafa Benitez akan menjadi jurulatih baru kelab itu.

Benitez akan meninggalkan Napoli pada akhir musim ini dan dikatakan akan mengambil alih dari Carlo Ancelotti di Bernabeu tetapi setakat ini belum terdapat pengesahan.

“Ancelotti adalah satu fenomena dan kami memberikan semua penghargaan kami kepadanya,” Fernandez de Blas memberitahu ahli kumpulan Madrid.

“Sehingga tiga hari lalu dia adalah pelatih terbaik di dunia seperti dua tahun lalu ia adalah Jose Mourinho dan dari minggu ini sehingga seterusnya ia adalah Rafa Benitez.”

Ancelotti dari Itali dipecat setahun selepas dia menamatkan 12 tahun kegagalan Liga Juara–Juara dan membimbing Real untuk mencatatkan 10 kemenangan mahkota Eropah, begitu juga dengan kejayaan Piala Copa Del Ray.

Bekas jurulatih Liverpool dan Chelsea, Benitez, yang pernah membimbing sebagai jurulatih pasukan belia Real, dijangka oleh media setempat dinamakan sebagai lelaki baru terhadap Real pada Rabu depan.