Benitez dedahkan visi musim baru

Benitez dedahkan visi musim baru

MADRID, 16 Julai – Jurulatih baru Real Madrid Rafael Benitez memberikan tumpuan untuk meningkatkan pertahanan gergasi Sepanyol itu bagi musim yang akan datang sambil kekal kepada falsafah serangan kelab itu.

Bekas bos Napoli itu yang menggantikan Carlo Ancelotti yang dipecat di Santiago Bernabeu Jun lalu, mahu membangunkan pasukan yang bukan sahaja boleh ‘melakukan serangan sejak beberapa tahun’ tetapi juga boleh bertahan dengan lebih baik lagi’.

Ulasan pengurus itu – yang dikeluarkan dalam laman web rasmi kelab semalam – menyentuh ‘pencapaian seimbang yang akan membolehkan Real Madrid untuk memenangi lebih banyak perlawanan dan mempunyai banyak peluang untuk memenangi gelaran’.

Juara 10 kali Eropah itu, yang selesai di tangga kedua dalam La Liga musim lalu di belakang Barcelona, pada masa ini menjalankan latihan di Australia di mana mereka akan menghadapi pasukan dari Itali, AS Roma pada 18 Julai sebelum menentang juara Inggeris 2014, Manchester City Jumaat depan.

Kedua-dua perlawanan akan diadakan di Melbourne Cricket Ground yang mempunyai kapasiti 100,000 tempat duduk.

Rafael Benitez (tengah) bersama skuad Real Madrid dalam satu sesi latihan di Melbourne kelmarin. – AFP
Rafael Benitez (tengah) bersama skuad Real Madrid dalam satu sesi latihan di Melbourne kelmarin. – AFP

“Ia (Australia) bukan sehangat seperti tempat lain dan itu membolehkan kami untuk bekerja keras dan faktanya padang–padang dalam kualiti yang bagus untuk membolehkan kami menggerakkan bola dengan kekuatan yang kami mahukan,” kata Benitez menjelang perlawanan itu.

Real belum menjulang sebarang trofi musim lalu ketika pesaing mereka Barcelona melengkapkan kejayaan La Liga, Piala raja-raja dan Liga Juara-Juara.

Pasukan Benitez hanya membuat membeli seorang pemain untuk muism musim panas ini – pertahanan dari Brazil, Danilo yang tiba dari FC Porto – tetapi dikaitkan dengan penjaga gol Manchester United dari Sepanyol, David de Gea sebagai pengganti Iker Casillas yang akan bersama Porto. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA