Benitez intai mahkota Europa

Benitez intai mahkota Europa

PARIS, 6 Mei (AFP) – Rafeal Benitez menjangkakan tiada belas kasihan daripada pasukan Ukraine, Dnipro untuk pasukan Napoli, manakala penyandang gelaran Sevilla pula menanti kunjungan Fiorentina untuk separuh akhir pertama Liga Europa esok.

Gelaran ketiga Liga Europa menjadi taruhan raja kalah mati, Benitez, yang memenangi Liga Juara-Juara bersama Liverpool pada 2005, Piala UEFA bersama Valencia pada 2004 dan Liga Europa bersama Chelsea pada 2013.

“Ganjaran untuk kejayaan itu tidak kurang daripada satu tempat pada perlawanan akhir pertandingan Eropah,” kata Benitez.

Pusingan kedua akan diadakan seminggu kemudian dan final di Warsaw pada 27 Mei, dengan tempat pusingan Liga Juara-Juara musim depan akan ditawarkan kepada pemenang buat kali pertama.

Dengan Napoli di tempat keempat Serie A dan masih segar dengan kemenangan 3-0 ke atas AC Milan, penyerang Argentina Gonzalo Higuain yang menjaringkan tujuh gol dalam pertandingan menjadi pendorong besar kepada pasukan dengan bantuan tiga penyerang midfield.

Jurulatih Napoli, Rafael Benitez bercakap kepada pembantunya Fabio Pecchia semasa sesi latihan di Castelvolturno untuk separuh akhir Liga Europa menentang FK Dnipro. – AFP
Jurulatih Napoli, Rafael Benitez bercakap kepada pembantunya Fabio Pecchia semasa sesi latihan di Castelvolturno untuk separuh akhir Liga Europa menentang FK Dnipro. – AFP

Pembantu utama Higuain adalah Marek Hamsik, yang membelasah Wolfsburg 4-1 pada perlawanan suku akhir pertama di Jerman sebagai mesej kepada semua pasukan berpura-pura Liga Europa.

Bekas bandar kilang roket, Dnipro yang kurang dikenali dan sudah dua kali memenangi Liga Soviet lama, muncul sebagai empat pasukan teratas sejak 20 musim yang lalu di Ukraine. Benitez berkata beliau akan memberikan kepada mereka dengan segala penghormatan.

“Dnipro telah menunjukkan keupayaan mereka dan pasukan yang berpotensi menewaskan Olympiakos, Ajax dan Bruges. Semua pasukan itu terkenal di Eropah dan telah disingkirkan pasukan Ukraine ini,” kata beliau.

Dnipro menang 3-0 di Chernomorets dalam perlawanan liga baru-baru ini tetapi jurulatih mereka Myron Markevych berusia 65 tahun itu bimbang menjelang kunjungan ke stadium San Paulo.

ARTIKEL YANG SAMA