Benitez julang piala pertama

Benitez julang piala pertama

MADRID, 19 Ogos – Gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid menewaskan kelab dari Turki, Galatasaray, 2-1 untuk memenangi Piala Santiago Bernabeu di sini, semalam.

Ia adalah perlawanan sulung buat pengendali Rafael Benitez dan sekali gus piala pertama dimenanginya selepas mengambil alih tugas jurulatih dari Carlos Ancelotti sebelum ini.

Marcelo muncul wira skuad Los Blancos apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-81. Sebelum itu, jaringan awal tuan rumah diperoleh menerusi ledakan Nacho pada minit ke-17, sebelum disamakan oleh bekas pemain pasukan itu, Wesley Sneijder pada minit ke-53.

“Hari pertama selalunya sangat menarik, tapi saya lebih tumpukan kepada aksi perlawanan kerana itu adalah tugasan jurulatih,” kata Benitez.

“Banyak yang positif dapat saya lihat, dan jika kami dapat bermain seperti ini, saya tentunya sangat gembira. Tapi masih banyak ruang yang perlu diperbaiki.”

Pemain Real Madrid meraikan kejayaan merangkul Piala Santiago Bernabeu selepas menewaskan Galatasaray semalam. – AFP
Pemain Real Madrid meraikan kejayaan merangkul Piala Santiago Bernabeu selepas menewaskan Galatasaray semalam. – AFP

Dalam perlawanan ini, Benitez menurunkan hampir semua pemain utamanya sebagai persiapan menjelang permulaan saingan La Liga menentang Sporting Gijon dalam tempoh lima hari lagi.

Bagaimanapun, ia jauh daripada permulaan meyakinkan tuan rumah apabila tandukan Umut Bulut tersasar untuk pasukan Turki sebelum Lukas Podolski memaksa Keylor Navas berkerja keras menyelamatkan keadaan malam itu.

Madrid berjaya untuk memecahkan rentetan dua perlawanan tanpa gol apabila pemain pertahanan Nacho menanduk masuk tendangan sudut Luka Modric selepas 17 minit.

Isco hampir menggandakan kelebihan Real dengan rembatan melencong yang cantik melepasi palang sebelum Bulut lulus terlepas peluang besar untuk menyamakan kedudukan selepas rembatan tersasar hampir tiga meter.

\ʼGareth Bale mengalami satu lagi kekecewaan malam itu apabila gagal menemui sasaran dengan usaha jarak jauh dan menerima ejekan daripada sebahagian penyokong sendiri. – AFP