Benitez mungkin ganti Ancelotti

Benitez mungkin ganti Ancelotti

MADRID, 27 Mei (AFP) – Ketika Carlo Ancelotti dipecat sebagai jurulatih Real Madrid, presidne kelab, Florentino Perez memberikan ketenangan bahawa bos ke-10 dalam kendaliannya akan dinamakan minggu depan.

Ketika ditanya wartawan selepas itu jika jurulatih baru itu adalah orang tempatan, Perez mempersetujuinya dengan menjawab ‘bagus juga jika dia bercakap Sepanyol’.

Pengesahan itu mengetepikan sebarang keraguan di kalangan media Sepanyol di mana lelaki seterusnya yang menghadapi tugasan itu menurut standard Perez adalah bos Napoli sekarang, Rafael Baenitez.

Pengurus berusia 55 tahun itu dijangka akan membimbing perlawanan akhirnya di Stadio San Paolo sebelum kontraknya mansuh Ahad ini apabila Napoli melayan Lazio dalam persaingan play-off bagi merebut tempat ketiga dalam Liga Juara-Juara dalam Serie A.

“Rafa Benitez adalah 99 peratus menjadi jurulatih Real Madrid,” ejen Ancelotti, Ernesto Bronzetti memberitahu stesen televisyen Itali RAI, Isnin lalu.

Benitez pilihan utama Real Madrid untuk menggantikan Carlo Ancelotti. – AFP
Benitez pilihan utama Real Madrid untuk menggantikan Carlo Ancelotti. – AFP

Bagi presiden yang meletakkan mandatnya dengan menyambar bintang terbesar dunia dan termahal, keputusan Perez untuk menggantikan pemenang tiga kali Liga Juara–Juara dengan Benitez mengejutkan ramai orang.

Harian sukan Madrid AS semalam mengejek Perez dengan perkataannya sendiri di muka depan ketika dia menjawab, ‘Saya tidak tahu’ apabila ditanya dalam aspek apa Ancelotti gagal selepas semusim tanpa sebarang trofi utama.

Ancelotti membawa kejayaan kepada kelab sejak 2014 dengan Copa del Rey, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab sebagai tambahan kepada kejayaan menamatkan penantian selama 12 tahun untuk menjulang Piala Eropah ke-10 mereka.

Lebih menyedihkan lagi Ancelotti disukai dalam bilik persalinan Madrid yang dipenuhi pemain bintang yang menunjukkan penghargaan kepada beliau dalam media sosial selepas pemecatannya, sementara Cristiano Ronaldo sebelum itu menggesa Perez untuk menangguhkan keputusan dengan meminta Ancelotti untuk kekal sehingga hujung minggu.

ARTIKEL YANG SAMA