Benitez sedikit lega

Benitez sedikit lega

NEWCASTLE, United Kingdom, 20 April (AFP) – Pengurus Newcastle Rafael Benitez menegaskan pasukannya memiliki momentum untuk empat perlawanan terakhir dalam persaingan Liga Perdana.

Biarpun terlepas peluang untuk keluar daripada tiga tangga tercorot selepas seri 1-1 menentang pasukan separuh akhir Liga Juara-Juara Manchester City, Benitez mendakwa Newcastle mempunyai peluang yang bagus bagi menghindarkan penyingkiran kedua dalam tujuh musim, selepas mendapat empat mata daripada dua perlawanan lalu.

Mereka masih berada di dua tangga tercorot, dua mata dari kedudukan selamat yang mmasuki bulan akhir kempen musim ini ketika berusaha untuk menamatkan persaingan di atas Norwich dan Sunderland bagi menghindarkan dua lagi tempat penyingkiran untuk menemani Aston Villa dalam Kejuaraan musim depan.

Benitez menegaskan pasukannya akan berjuang habis-habisan selepas meramalkan persaingan untuk menghindarkan penyingkiran amat sengit.

“Semua orang melakukan yang termampu untuk terus bangkit,” katanya. “Kami berharap momentum dan kami perlu percaya.

Reaksi Benitez semasa pasukannya menentang Man City untuk perlawanan Liga Perdana di St. James’ Park, kelmarin. – AP
Reaksi Benitez semasa pasukannya menentang Man City untuk perlawanan Liga Perdana di St. James’ Park, kelmarin. – AP

“Kami perlu percaya sekarang dan anda boleh melihat pemain akan berjuang sehingga saat akhir. Saya memberitahu para pemain untuk tidak melihat carta liga, dan perlu memberikan tumpuan kepada perlawanan seterusnya. Jika mereka memberikan tumpuan terlalu banyak untuk mengira nombor, itu hanya membuang masa.

“Kami mempamerkan persembahan hebat dalam dua perlawanan berturut-turut dan memiliki hubungan menarik bersama peminat. Untuk melihat pemain membuat persembahan seperti itu dengan semangat dan komitmen, kami berharap kami boleh mengekalkan tahap itu dalam empat perlawanan terakhir.

“Kami akan terus menunggu dan melihat di mana kami berada dalam perlawanan terakhir, tetapi ini adalah persaingan di mana anda harus optimis dengan baki perlawanan yang ada.”

ARTIKEL YANG SAMA