Benitez tetap pimpin Newcastle

Benitez tetap pimpin Newcastle

NEWCASTLE, 26 Mei – Rafael Benitez mengesahkan dia akan meneruskan kerjanya sebagai pengurus Newcastle United dalam usaha membawa kelab itu kembali bersaing dalam saingan Liga Perdana Inggeris setelah jatuh ke divisyen satu musim ini.

Pengendali berusia 56 tahun dari Sepanyol itu bersetuju untuk dengan kontrak baharu selama tiga tahun selepas dia menandatangani kontrak sementara pada Mac lalu.

“Saya sangat gembira dapat kekal bersama Newcastle. Perasaan sayang yang saya dapat rasakan daripada penyokong banyak mempengaruhi dalam keputusan saya ini. Malah, hubungan saya dengan (Pengarah Urusan) Lee Charnley dan kakitangan yang lain juga baik.

“Ini adalah sebuah kelab besar dan saya mahu menjadi sebahagian daripada masa depan kelab ini yang mempunyai potensi sangat besar,” kata Benitez.

Kehadiran bekas pengurus Liverpool itu sebelum ini disambut baik penyokong kelab berkenaan selepas diberikan tugas sukar bagi memastikan skuad The Magpies kekal dalam saingan liga utama.

Benitez kekal akan meneruskan kerjanya sebagai pengurus Newcastle United musim depan. - AP
Benitez kekal akan meneruskan kerjanya sebagai pengurus Newcastle United musim depan. – AP

Benitez yang sebelum ini mengendalikan Real Madrid mengambil alih tugas membimbing Newcastle selepas kelab itu memecat bekas jurulatih England, Steve McClaren dengan berbaki 10 perlawanan lagi.

Namun, dia gagal untuk membantu mereka daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan buat kali kedua dalam tempoh tujuh tahun. – AFP