Benitez yakin dengan Benzema

Benitez yakin dengan Benzema

MADRID, 23 Ogos (Reuters) – Real Madrid tidak bercadang untuk membawa masuk pemain penyerang lain sebelum berakhirnya jendela pertukaran pada akhir bulan ini dan mempunyai keyakinan penuh terhadap pemain penyerang Perancis, Karim Benzema, kata jurulatih Rafa Benitez semalam.

Real memulakan kempen terbaru La Liga mereka hari ini di Sporting Gijon, walaupun Benzema masih dalam pemulihan dari kecederaan dan tidak akan beraksi dalam persaingan itu di Molinon.

Benitez, yang mengambil alih dari Carlo Ancelotti yang dipecat pada akhir musim lalu, telah meletakkan sasaran pemain dari Perancis itu bagi 25 gol bagi musim ini, sesuatu yang belum dicapainya sejak 2011-12 apabila menjaringkan 31 gol.

Pemain itu, 27, yang menyertai dari Olympique Lyon pada 2009, hanya mampu menjaringkan 14 gol musim lalu sebahagiannya kerana kecederaan dan kerap dijadikan sasaran dengan tiupan wisel oleh sebahagian peminat Real bersungut.

Real mempunyai banyak untuk diganti bagi Benzema, termasuk pemain penyerang Portugal dan penjaring terbanyak, Cristiano Ronaldo, Jese dan pengurus pasukan B, Borja Mayoral, kata Benitez pada sidang akhbar.

Benzema akan menunjukkan belangnya pada perlawanan musim ini. – Reuters
Benzema akan menunjukkan belangnya pada perlawanan musim ini. – Reuters

“Saya telah mengatakan banyak kali saya yakin Benzema adalah pemain penyerang yang hebat,” tambah bekas jurulatih Valencia, Liverpool, Chelsea, Inter Milan dan Napoli itu.

“Sebab itu saya menyasarkannya 25 gol untuk memberikannya semangat dan dia boleh melakukannya.

“Jadi kami memiliki banyak pilihan serangan dan sekarang kami tidak perlu mencari penyerang lain.” Ancelotti diketepikan selepas Real gagal memenangi Liga Juara –Juara, La Liga atau Piala Raja musim lalu, dengan Benitez kembali ke kelab di mana dia pernah menjadi pemain dan jurulatih akademi belia.

Real membawa masuk beberapa pemain baru musim penamat, termasuk pemain midfield Croatia, Matel Kovacic, pemain pertahanan Brazil, Danilo dan penjaga gol Kiko Casilla.

ARTIKEL YANG SAMA