Benjamin Jeannot digantung akibat tolak pengadil

Benjamin Jeannot digantung akibat tolak pengadil

PARIS, 26 Ogos – Penyerang daripada Pasukan Lorient, Benjamin Jeannot telah digantung sementara menunggu perbicaraan disiplin selepas menolak pengadil apabila pasukannya tewas kepada Bastia 3-0 pada hujung minggu lalu, menurut liga bola sepak Perancis (LFP) semalam.

LFP mengumumkan bahawa mereka telah mengambil keputusan berdasarkan “salah laku”.

Pemain berusia 24 tahun itu akan digantung mulai hari ini hingga pendengaran pada 15 September dimana penggantungannya boleh dilanjutkan.Jeannot dibuang padang oleh pengadil Amaury Delerue selepas beliau telah ditolak didalam pertengkaran di kotak penalti Bastia di mana penyerang Lorient, Majeed Waris sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti.

Jawatankuasa pengadil elit Perancis telah dipanggil pada hari Ahad agar perbuatan seperti itu akan “dihapuskan dari bola sepak Perancis”, sambil menambah bahawa “pihak berkuasa cuba untuk meningkatkan kualiti liga dan menarik lebih ramai orang untuk menyaksikan perlawanan, serta per-buatan itu boleh menjejaskan imej liga bola sepak Perancis (LFP) “. – AFP

Aksi Benjamin Jeannot (kiri) dan Jérémy Sorbon dari pasukan EA Guingamp. – AFP
Aksi Benjamin Jeannot (kiri) dan Jérémy Sorbon dari pasukan EA Guingamp. – AFP