Benteke cipta jaringan terpantas

Benteke cipta jaringan terpantas

BRUSSELS, 11 Okt – Belgium menjaringkan gol terpantas dalam sejarah kelayakan Piala Dunia apabila Christian Benteke menyudahkan jaringan ketika bertemu Gibraltar selepas perlawanan hanya bermula tujuh saat semalam.

Rekod sebelumnya yang dipegang oleh Davide Gualtieri dari San Marino, memerlukan 8 saat untuk menjaringkan gol pembukaan menentang pasukan England dalam persaingan kelayakan 1993.

Mungkin paling menakjubkan adalah Gibraltar membuat sepak mula. Menghantar ke belakang, Benteke merebut bola selepas hanya dua sentuhan, meluru dan menjaringkan gol cantik.

“Perkara penting adalah menjaringkan gol lebih awal,” kata Benteke, yang menjaringkan dua lagi gol dalam kemenangan 6-0 yang mengekalkan Belgium dengan rekod sempurna di persada Kumpulan H dengan sembilan mata.

Ia bukanlah gol terpantas dalam semua persaingan sejak beberapa buah kelab menjaringkan gol pada sepak mula dengan rembatan kencang yang mengejutkan ketika penjaga gol tidak berada di kedudukannya.

Benteke (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 antara Belgium dan Gibraltar di Stadium Faro Municipal, Faro, kelmarin. – AFP
Benteke (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 antara Belgium dan Gibraltar di Stadium Faro Municipal, Faro, kelmarin. – AFP

Pada separuh masa pertama, Belgium mendahului 3-0, dengan Axel Witsel dan Benteka juga menjaringkan gol.

Belgium di tangga kedua dalam rangking FIFA sementara Gibraltar di ranking 205, bersama dengan enam lagi negara lain.

Perlawanan tersebut diadakan di stadium yang hampir kosong di Faro, Portugal, hampir 400 kilometer (250 batu) dari Gibraltar, yang tidak memiliki stadium yang memenuhi standard antarabangsa.

Gibraltar beraksi dalam kempen kelayakan pertama Piala Dunia selepas mendapatkan keahlian FIFA pada Mei lalu. – AP

ARTIKEL YANG SAMA