Benteke gembira sertai Liverpool

Benteke gembira sertai Liverpool

LIVERPOOL, 23 Julai – Liverpool membeli penyerang Belgium, Christian Benteke daripada kelab Liga Perdana Inggeris, Aston Villa menerusi persetujuan bernilai 32.5 juta pound bagi memperkuatkan barisan serangan kelab itu musim depan, kelab Merseyside itu mengumumkan semalam.

Seminggu selepas menjual pemain sayapnya, Raheem Sterling kepada Manchester City pada harga 49 juta pound, Liverpool memenuhi klausa kontrak Benteke bagi mendapatkan khidmat pemain berusia 24 tahun itu tanpa memberikan butiran yuran tetapi hanya menyatakan pemain itu menandatangani ‘kontrak jangka panjang’ di Anfield.

Benteke yang menyertai Villa dari Genke pada 2012 dan menjaringkan 49 gol dalam 101 penampilan untuk kelab Midlands itu, lulus ujian kesihatan awal minggu dan melengkapkan urusan perpindahan awal pagi tadi.

“Saya rasa ia adalah kelab yang tepat untuk saya kerana saya sudah berbincang dengan pengurus dan mahu menjadi sebahagian daripada projeknya,” kata Benteke kepada laman web Liverpool.

“Saya tahu Liverpool adalah kisah besar. Mereka memenangi banyak gelaran liga dan lima kali Liga Juara-Juara dan sudah tentu Piala UEFA dan banyak lagi trofi.

Benteke bergambar di depan logo Liverpool di pintu masuk kelab di Anfield selepas melengkapkan perjanjian ‘jangka panjang’ semalam. – Ihsan LFC
Benteke bergambar di depan logo Liverpool di pintu masuk kelab di Anfield selepas melengkapkan perjanjian ‘jangka panjang’ semalam. – Ihsan LFC

“Saya amat gembira menjadi sebahagian daripada keluarga Liverpool sekarang dan saya akan melakukan apa saja untuk membuatkan mereka gembira dan bertungkus lumus dengan rakan pasukan saya.”

Benteke tidak akan menemui rakan sepasukan barunya sehingga mereka kembali dari jelajah Australia dan Asia, yang diakhiri dengan perlawanan menentang pasukan pilihan Malaysia di Kuala Lumpur, esok.

Bagaimanapun, beliau akan menemui beberapa muka biasa di Anfield dan rakan antarabangsa yang juga penjaga gol Liverpool Belgium Simon Mignolet dan Divock Origi.

Liverpool belum memenangi gelaran Inggeris dalam era Liga Perdana dengan kejayaan terakhir mereka untuk kejohanan kebangsaan ke-18 apabila menjulang trofi lama Divisyen Pertama pada 1990. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA