Benteke tidak beraksi

Benteke tidak beraksi

LIVERPOOL, 28 Okt (Agensi) – Peluang Christian Benteke untuk ke Chelsea pada Sabtu ini bagi saingan Liga Perdana Inggeris dilihat samar, selepas bintang Liverpool itu kembali dibelenggu masalah kecederaan.

Pemain Belgium itu menjaringkan gol pasukannya ketika seri 1-1 dengan Southampton pada Ahad lalu, sekali gus dilihat bakal menjadi sandaran utama Jurgen Klopp, selepas pemain itu diketepikan bulan lalu akibat masalah kecederaan.

Bagaimanapun, Benteke mengalami masalah kecederaan ligamen selepas perlawanan itu akibat berlaga dengan Victor Wanyama dan dia sudah pasti tidak akan diturunkan malam ini menentang Bournemouth pada saingan Piala Liga.

Tidak dapat dipercayai sama ada ia serius atau sebaliknya, namun Benteke yang tiba di sini dengan harga 32 juta pound, sudah menjalani ujian imbasan dan bakal dipantau rapi dalam tempoh beberapa hari bagi memastikan ia boleh turut serta ke Stamford Bridge.

Benteke sudah meledak tiga gol sejak berpindah dari Aston Villa pada awal musim, dan Klopp kehilangan Danny Ings dalam tiga sesi latihan sebelum ini akibat masalah kecederaan serius pada ligamen.

Daniel Sturridge juga setakat ini belum beraksi untuk Jerman berikutan masalah lutut. Dia juga tidak berlatih dan seperti Benteke, dia juga berdepan tempoh masa singkat untuk kembali cergas untuk turun menentang Chelsea.

“Saya tahu mengenai sejarah kecederaan dialaminya,” kata Klopp. “Tapi saya tidak ada pengalaman masalah seperti ini terutama dengan dia. Saya kena lihat dan belajar.

Dengan ketiadaan kedua-dua penyerang utama itu, barisan depan Liverpool dijangka diperkuatkan oleh pemain Brazil, Roberto Firmino.