Bentuk keluarga berwawasan

Bentuk keluarga berwawasan

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Hari Keluarga Kebangsaan 2015 disambut secara serentak di keempat-empat daerah seluruh negara hari ini bermula dengan solat subuh berjemaah, kuliah subuh dan diikuti dengan pelbagai acara riadah berbentuk kekeluargaan, bertujuan mengukuhkan dan meningkatkan kesejahteraan keluarga melalui program usaha sama yang cekap dan berkesan ke arah melahirkan masyarakat yang berkualiti.

Institusi keluarga adalah penting untuk pembentukan sebuah masyarakat dan negara yang berintegrasi tinggi dan ianya diibaratkan tiang yang menjadi asas kepada sebuah rumah untuk berdiri megah.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin melancarkan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan bagi Kawasn Zon 1 Daerah Brunei Muara di Taman Rekreasi Jalan Menteri Besar, Berakas.

Institusi keluarga kukuh akan mampu melahirkan masyarakat yang sejahtera dan cemerlang, berdaya maju serta berdaya tahan.

Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2015 dengan tema Keluarga Berwawasan Menjana Kecemerlangan diadakan secara bersepadu dengan melibatkan semua peringkat masyarakat sama ada agensi kerajaan dan swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO), badan-badan korporat, persatuan-persatuan sukarela serta Majlis Perundingan Mukim dan Kampong.

ARTIKEL YANG SAMA