Bentuk pemidato berkualiti

Bentuk pemidato berkualiti

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Seramai 10 orang peserta dari institut pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara telah membentangkan hujah masing-masing dalam Pertandingan Pidato Pendidikan Islam (PEDAPIS), Peringkat IPT Serantau ketiga bagi Peringkat Separuh Akhir sempena Konvokesyen Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

Majlis yang berlangsung di Dewan Tarbiyah KUPU SB itu dihadiri oleh Pemangku Penolong Ra’es Dr. Hajah Noor Hira binti Noor Kaseh.

Daripada 10 orang peserta tersebut, hanya enam orang peserta telah berjaya memasuki ke pusingan peringkat akhir.

Mereka ialah Norsyuhada binti Ibrahim dari Institut Pendidikan Guru Bangi, Kuala Lumpur; Muhammad Ilham Fauzi dari Universitas Pendidikan Indonesia; Dayang Siti Nabilah binti Arifin dari KUPU SB; Dayang Siti Nazurah Syamin binti Haji Mohd Yussop dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA); Siti Zaleha binti Za’ba @ Jaba dari Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dan Awang Abdul Wafi bin Haji Abd Rahma dari KUPU SB.

Dr. Hajah Noor Hira ketika hadir pada majlis tersebut.
Dr. Hajah Noor Hira ketika hadir pada majlis tersebut.
Antara peserta yang menyertai pertandingan tersebut.
Antara peserta yang menyertai pertandingan tersebut.
Antara yang hadir pada majlis itu.
Antara yang hadir pada majlis itu.

Pertandingan bertemakan ‘Pendidikan Islam Teras Kesempurnaan Insan’ ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUPU SB yang bertujuan untuk memartabatkan pendidikan Islam di rantau ini dan sebagai salah satu medium dan kaedah bagi menyampaikan dan menyebarkan kepentingan pendidikan Islam kepada orang ramai.

Di samping itu, ia juga diharap dapat melahirkan pemidato yang berkualiti serta berkemampuan tinggi dalam kalangan pelajar IPT serta mencungkil bakat-bakat pemidato yang terpendam dalam kalangan para peserta.

Antara sub tema tajuk pertandingan pidato ialah pembentukan sahsiah guru pendidikan Islam, formulasi kecemerlangan pendidikan, strategi guru pendidikan Islam, dasar kepimpinan guru Pendidikan Islam dan banyak lagi.

Pertandingan peringkat akhir akan diadakan di Dewan Raya, Radio Televisyen Brunei (RTB) pada 15 Januari ini bermula jam 8 malam dan dijangka hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

ARTIKEL YANG SAMA