Benzema digantung

Benzema digantung

PARIS, 11 Dis (AFP) – Perancis semalam menggantung penyerang bintang, Karim Benzema berhubung dakwaan jenayah penglibatannya dalam percubaan ugutan dengan pita rakaman seks ke atas rakan sepasukan Mathieu Valbuena.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF), Noel Le Grart berkata penggantungan itu akan melibatkan Kejuaraan Eropah 2016, yang bermula di Perancis tepat enam bulan, melainkan kes itu diselesaikan terlebih dahulu.

Bintang Real Madrid itu menerima keputusan dengan mengeluarkan kenyataan melalui twitter bahawa dia menghormati keputusan itu. “Saya menghormati keputusan itu dan yakin dengan presiden kami Noel Le Graet @FFF @equipedefrance,” jelasnya.

Le Graet berkata ia keputusan ‘mengecewakan’ untuk mengambil tindakan ke atas pemain berusia 27 tahun itu yang juga menjadi penjaring terbanyak dalam kalangan pemain antarabangsa Perancis.

“Karim Benzema tidak akan dilantik sehingga kedudukan berubah, sehingga terdapat sesuatu yang baru dalam kes itu. Ia keputusan saya sebagai presiden persekutuan,” Le Graet memberitahu sidang akhbar.

Benzema digantung untuk satu tempoh yang tidak ditentukan. – Reuters
Benzema digantung untuk satu tempoh yang tidak ditentukan. – Reuters

Bagaimanapun, Real mengeluarkan kenyataan di mana mereka berkata mereka menyokong pemain itu.

“Real Madrid kesal tetapi menghormati keputusan yang diambil oleh Persekutuan Bola Sepak Perancis menggantung Karim Benzema daripada pasukan kebangsaan Perancis, dan berharap untuk mengulangi sekali lagi sokongannya dan yakin terhadap pemain,” kata kelab itu.

Benzema didakwa dengan terlibat dalam percubaan mengugut midfield Lyon, 31, Valbuena. Dia menafikan salah laku tetapi akan menghadapi hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah.

Valbuena berkata imej-imej seks yang ada dalam telefon bimbit itu telah dicuri. Tiga lelaki telah ditahan kerana meminta wang tunai agar rakaman itu dimusnahkan.

Le Graet berkata sama ada dakwaan digugurkan atau Benzema, yang menjaringkan 27 gol dalam 81 perlawanan antarabangsa, dan Valbuena perlu diperdamaikan semula.

ARTIKEL YANG SAMA