Benzema diragui untuk aksi Piala Super

Benzema diragui untuk aksi Piala Super

TRONDHEIM, Norway, 9 Ogos – Pemain penyerang Real Madrid Karim Benzema diragui untuk diturunkan kerana kecederaan menjelang pertemuan Piala Super Eropah menentang Sevilla di Trondheim, Norway hari ini, sekali gus menyertai senarai panjang pemain yang direhatkan.

“Kami tidak akan mengambil sebarang risiko berhubung Karim,” jurulatih Madrid, Zinedine Zidane memberitahu sidang akhbar.

“Dia OK tetapi tidak beraksi dua perlawanan lalu. Saya gembira dia bersama kami kerana dia bekerja keras. Dia melakukan segala-galanya dalam pramusim tetapi kami akan melihat bagaimana keadaannya esok,” jelas Zidane.

Benzema mengalami kecederaan paha pada akhir musim lalu dan masih belum sembuh sepenuhnya biarpun tidak beraksi untuk Perancis dalam Euro.

Real Madrid sudah kehilangan bintang penyerang Cristiano Ronaldo kerana mengalami kecederaan, sementara Gareth Bale dan Toni Kroos juga tidak dilibatkan dalam skuad selepas melanjutkan percutian berikutan Kejuaraan Eropah. Pengurus baru Sevilla Jorge Sampaoli perlu bertindak tanpa pemain utama termasuk pemain finalis Euro, Adil Rami kerana pemain dari Perancis itu tidak cergas untuk beraksi dalam perlawanan akhir hari ini.

Benzema sudah pasti terlepas aksi Piala Super Eropah menentang Sevilla dan menyertai senarai panjang pemain-pemain yang direhatkan. – AFP
Benzema sudah pasti terlepas aksi Piala Super Eropah menentang Sevilla dan menyertai senarai panjang pemain-pemain yang direhatkan. – AFP

“Dia kembali tidak lama dulu. Dia beraksi dalam Euro dan melakukan mana-mana pra musim bersama kami,” jelas pengurus dari Argentina itu yang mengambil alih dari Unai Emery.

Ini tahun ketiga berturut-turut, Sevilla beraksi dalam European Supercup. Pasukan Andalusia itu tewas dalam dua perlawanan akhir sebelumnya, sekali kepada Real Madrid 2-0 pada 2014 apabila Ronaldo menjaringkan kedua-dua gol dan juga tahun lepas kepada Barcelona dalam perlawanan yang menyaksikan pasukan Catalan menyingkirkannya dengan jaringan 5-4.

Pemenang Liga Juara-Juara itu juga mempunyai rekod lebih baik untuk berada dalam perlawanan hari ini selepas memenangi trofi itu pada 2002 dan 2014, dibandingkan dengan satu kejayaan Sevilla pada 2006.

Torndheim di Norway memiliki penghormatan menjadi bandar raya Scandinavia yang menghoskan persaingan itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA