Benzema ke Arsenal tidak benar

Benzema ke Arsenal tidak benar

pg21_150826_d

MADRID, 25 Ogos (AFP) – Penyerang Real Madrid, Karim Benzema menepis laporan media England yang mengaitkan perpindahannya untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris dengan menyertai Arsenal.

“Semua itu kerja badut yang membuatkan orang mempercayai. Di sini adalah rumah saya!,” kata Benzema dalam posting terbaharu Twitternya semalam.

Turut dimuat naik dalam akaun media sosial itu gambarnya sedang berada dalam bilik persalinan di Real Madrid.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger sebelum ini cuba menyisihkan dirinya daripada membuat sebarang spekulasi untuk mendapatkan penyerang antarabangsa Perancis berusia 27 tahun itu sebelum jendela perpindahan pemain ditutup minggu depan.

Benzema tidak beraksi ketika Real seri 0-0 dengan Sporting Gijon, Ahad lalu disebabkan mengalami kecederaan.

Namun dia kembali semula ke padang latihan semalam dan dijangka cergas semula untuk beraksi menentang Real Betis di Santiago Bernabeu, Sabtu ini.

ARTIKEL YANG SAMA