Benzema rehat sebulan

Benzema rehat sebulan

MADRID, 1 Mac (Reuters) – Penyerang Real Madrid, Karim Benzema, yang digantikan dalam perlawanan menentang Atletico Madrid pada hari Sabtu, mengalami kecederaan otot paha yang serius, kelab itu mengumumkan semalam.

Selepas ujian dijalankan dan mendapati kecederaan itu, Real membuat kenyataan ringkas mengatakan bahawa mereka masih menunggu untuk melihat berapa lama pemain dari Perancis itu akan berehat, walaupun akhbar Sepanyol melaporkan bahawa dia boleh diketepikan selama tiga minggu.

Walau bagaimanapun, Benzema dijangka terpaksa diketepikan sebulan kerana mengalami kecederaan otot kaki.

Benzema, yang menjaringkan 23 gol musim ini, telah digantikan pada separuh masa oleh Borja Mayoral pada hujung minggu.

Pemain antarabangsa Perancis itu akan terlepas aksi dalam saingan Liga Sepanyol dan aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara menentang AS Roma, minggu depan.

Aksi Benzema ketika perlawanan Real Madrid menentang Atletico Madrid yang lalu. – Reuters
Aksi Benzema ketika perlawanan Real Madrid menentang Atletico Madrid yang lalu. – Reuters

Real mencatat kemenangan 2-0 dalam aksi pertama di Rome. Benzema dijangka kembali cergas sepenuhnya untuk aksi pertemuan menentang Barcelona di Nou Camp pada 2 April depan.

Dia terlepas aksi bertemu Malaga seminggu yang lalu kerana masalah belakang badan. Dia juga dikeluarkan pada separuh masa ketika Real tewas dengan jaringan 0-1 di tangan Atletico Madrid kerana kecederaan otot kaki.

Kekalahan 1-0 juga terhadap pemain Zinedine Zidane, yang juga kehilangan Gareth Bale dan Marcelo disebabkan kecederaan yang mereka alami, 12 mata di belakang pendahulu, Barcelona dalam perebutan merangkul kejuaraan La Liga.

ARTIKEL YANG SAMA