Benzema sarung jersi No.9 Gunners?

Benzema sarung jersi No.9 Gunners?

LONDON, 18 Ogos – Spekulasi bertiup kencang mengatakan bintang penyerang Real Madrid, Karim Benzema bersedia untuk menyertai Arsenal minggu ini dan menyarung jersi No.9 Gunners.

Perkara tersebut mula menjadi topik utama media Britain selepas wartawan Itali, Emanuele Giulianelli mendedahkan, Benzema semakin hampir untuk tiba di London.

Giulianelli yang sering mengikuti rapat perkembangan Gunners berkata, selepas beberapa bulan spekulasi bertiup kencang, Benzema hampir pasti akan berpindah ke Emirates.

Memetik kenyataan sumber, penyerang antarabangsa Perancis itu dikatakan bakal menyerai Arsenal dengan rekod kelab 45 juta pound.

Ramai penyokong Gunners yang masih ragu-ragu dengan khabar tersebut, melainkan mereka melihat sendiri bintang berusia 29 tahun itu menyarung jersi Arsenal.

Benzema dikatakan bersedia menyertai Arsenal minggu ini dengan menyarung jersi No.9. – Reuters
Benzema dikatakan bersedia menyertai Arsenal minggu ini dengan menyarung jersi No.9. – Reuters

Jika khabar yang dibawa Giulianelli itu benar, mereka bakal menyaksikan Benzema digandingkan dengan rakan senegaranya, Olivier Giroud di bahagian serangan.

Sementara itu, pengurus Real, Rafael Benitez memberi bayangan bahawa pemain tersebut tidak akan meninggalkan Santiago Bernabeu.

Walaupun tidak bercakap secara terus terang, namun Benitez membayangkan bahawa karier Benzema bersama Los Blancos masing panjang.

“Karim adalah seorang pemain yang hebat dan saya mahu melihat dia menjaringkan 20 atau 25 gol pada musim ini.

“Saya menaruh keyakinan tinggi terhadapnya dan mempunyai perancangan bagaimana hendak menggunakan khidmatnya bersama (Cristiano) Ronaldo.

“Kami mempunyai beberapa strategi menyerang, ia bergantung kepada siapa lawan yang hendak kami tentang, namun jelas sekali dia (Benzema) mempunyai peranan penting dalam pasukan,” kata Benitez. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA