Benzema selamatkan rekod Real

Benzema selamatkan rekod Real

MADRID, 13 Jan – Karim Benzema telah menjaringkan gol di masa kecederaan bagi menyelamatkan Real Madrid untuk merekodkan rentetan perlawanan tanpa kalah kepada 40 perlawanan dalam perlawanan yang penuh debaran di Sevilla. Perlawanan berkesudahan 3-3 dan sekali gus Real mara ke suku akhir Copa del Rey.

Mempunyai kelebihan 3-0 daripada perlawanan pertama, Real yang bermain tanpa Cristiano Ronaldo dilihat bakal menerima kekalahan pertama mereka sejak lapan bulan lalu apabila jaringan sendiri Danilo dan dua lagi jaringan di separuh masa kedua oleh Stefan Jovetic dan Vicente Iborra menyaksikan Sevilla mendahului 3-1 dalam 10 minit terakhir.

Bagaimanapun, sepakan penalti Sergio Ramos dan jaringan di minit-minit akhir Benzema telah menyelamatkan Real, yang kini memintas rekod 39 perlawanan tanpa kalah Barcelona musim lepas.

“Mungkin mereka layak untuk menang, tetapi kami berjuang hingga akhir,” kata bos Real, Zinedine Zidane. – AFP

Zidane meraikan jaringan Real bersama para pemainnya dalam aksi Copa del Rey antara Real Madrid dan Sevilla. – AP
Zidane meraikan jaringan Real bersama para pemainnya dalam aksi Copa del Rey antara Real Madrid dan Sevilla. – AP

ARTIKEL YANG SAMA