Benzema terlepas Euro 2016

Benzema terlepas Euro 2016

PARIS, 14 April (AFP) – Selepas terbabit dalam skandal video seks Mathieu Valbuena, penyerang Perancis, Karim Benzema tidak terpilih dalam skuad negara itu menghadapi Euro 2016.

Pengumuman mengenainya dibuat sendiri oleh Benzema dan juga Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF).

“Malang buat saya dan juga sesiapa yang sentiasa menyokong saya, saya tidak terpilih ke saingan Euro,” kata Benzema menerusi laman sosial Twitter miliknya.

Sejurus kemudian, FFF mengeluarkan kenyataan pengesahan presiden badan induk itu, Noel Le Graet yang menemui pengendali pasukan, Didier Deschamps bagi membincangkan kedudukan Benzema.

Mereka berkata: “Prestasi bukan satu-satunya faktor penting yang diambil kira sama ada seseorang pemain itu dipanggil menyertai pasukan Perancis atau tidak.

Peminat bola sepak tidak akan dapat menyaksikan kelibat Benzema dalam kejohanan Euro 2016. – AFP
Peminat bola sepak tidak akan dapat menyaksikan kelibat Benzema dalam kejohanan Euro 2016. – AFP

“Kapasiti sebagai pemain, mereka juga perlu berusaha ke arah perpaduan, sama ada di dalam atau di luar padang… juga diambil kira.

“Keputusannya, Noel Le Graet dan Didier Deschamps memutuskan Karim Benzema tidak akan beraksi di Euro 2016.”

Benzema, 28, sudah pun digantung daripada skuad Perancis sejak Disember lalu selepas pemain itu terbabit dalam proses siasatan berhubung rakaman video seks Valbuena.

ARTIKEL YANG SAMA