Benzema: tindakan Deschamps tidak profesional

Benzema: tindakan Deschamps tidak profesional

MADRID, 1 Jun – Penjaring utama Perancis Karim Benzema hari ini menuduh jurulatih Didier Deschamps tunduk kepada tekanan daripada parti politik ‘perkauman’ kerana tidak memilihnya untuk bermain dalam skuad Euro 2016.

Penyerang Real Madrid itu, yang sedang disiasat atas dakwaan kes ugutan pita-seks, menyuarakan sama ada Deschamps tidak membenarkannya bermain kerana keturunan Algeria nya.

Karim Benzema menuduh jurulatih Pe-rancis tunduk dengan tekanan parti politik perkauman Perancis kerana tidak memilihnya untuk berada dalam kesebelasan utama skuad Perancis Euro 2016. – AP
Karim Benzema menuduh jurulatih Pe-rancis tunduk dengan tekanan parti politik perkauman Perancis kerana tidak memilihnya untuk berada dalam kesebelasan utama skuad Perancis Euro 2016. – AP

 

Ulasan-ulasan itu seperti tuduhan daripada legenda Perancis Eric Cantona, yang minggu lepas berkata Deschamps telah mengecualikan Benzema dan Hatem Ben Arfa kerana keturunan Afrika Utara mereka menarik ancaman tindakan undang-undang daripada peguam jurulatih itu.

Benzema memberitahu harian Sepanyol bahawa Deschamps ‘tunduk’ kepada tekanan daripada parti perkauman Perancis dalam pemilihannya, merujuk kepada kejayaan pilihan raya baru-baru ini oleh Sayap Kanan Barisan Nasional Perancis.

“Saya tidak tahu jika keputusan ini hanya dibuat oleh Didier, kerana hubungan saya begitu baik dengannya, dengan presiden (Persekutuan Bola Sepak Perancis, Noel Le Graet) dan semua orang,” katanya.

Benzema digantung daripada tugas antarabangsa pada Disember lalu, atas siasatan dalam satu cubaan ugut daripada salah seorang rakannya untuk memeras ugut rakan sepasukannya Mathieu Valbuena ke atas pitaseks.

Penjaring utama Perancis itu berdepan hukuman sehingga lima tahun penjara ke atas dakwaan dia menggalakkan Valbuena untuk membayar pemeras ugut itu.

“Mereka berkata saya tidak boleh dipilih, itu saya akur. Tapi dalam peringkat sukan, Saya tidak faham kenapa,” katanya.

“Pada peringkat undang-undang, saya masih tidak bersalah sehingga saya disabitkan. Mereka perlu menunggu sehingga sistem undang-undang membuat keputusan.”

Benzema kekal penyerang utama Perancis, dengan 27 gol dalam 81 penampilan, meski dengan meningkatnya tahap pemain muda seperti Antoine Griezmann dan Anthony Martial. – AFP

 

 

ARTIKEL YANG SAMA