Berahino ancam lancar mogok

Berahino ancam lancar mogok

LONDON, 2 Sept (AFP) – Penyerang England, Saido Berahino menyelar bos West Bromwich Albion, Jeremy Peace di laman sosial Twitter dan mengancam untuk melancarkan mogok selepas dua bidaan Tottenham Hotspurs untuk mendapatkan khidmatnya gagal.

Tottenham membuat cubaan terakhir untuk mendapatkan Berahino dengan jumlah tawaran dinaikkan kepada 25 juta pound berbanding bidaan awal 18 juta pound namun tetap ditolak West Brom.

Ia menyebabkan penyerang bawah 21 tahun England itu berang dan bertekad tidak akan bermain untuk pengerusi West Brom itu.

“Saya tidak dapat katakan betapa sedihnya bagaimana kelab ini melayan saya namun saya secara rasmi boleh katakan saya tidak akan bermain (untuk) Jeremy Peace,” tulis Berahino sejam sebelum jendela perpindahan ditutup.

Berahino menjadi sasaran utama Spurs sepanjang musim panas ini dengan tawaran sentiasa ditingkatkan namun ditolak Pengerusi West Brom, Peace.

Berahino menyelar bos West Brom dan mengancam untuk melancarkan mogok selepas bidaan Hotspurs untuk mendapatkan khidmatnya ditolak. – Reuters
Berahino menyelar bos West Brom dan mengancam untuk melancarkan mogok selepas bidaan Hotspurs untuk mendapatkan khidmatnya ditolak. – Reuters

Pemain berusia 22 tahun itu sebelum ini pernah menghantar surat permohonan untuk berpindah kepada pengurusan West Brom.

Peace dalam pada itu mengakui perlu bekerja keras untuk memperbaiki hubungan kelab itu dengan pemainnya.

“Kami mempunyai pemain utama yang sangat resah dengan keadaan yang direka untuk membolehkannya keluar dari kelab dengan harga yang murah,” kata Peace.

“Taktik itu berterusan sekalipun saya sudah menyatakan dengan jelas pada perbincangan pertama saya dengan pengerusi mengenai Ogos lalu.

ARTIKEL YANG SAMA