Berahino setia bersama West Brom

Berahino setia bersama West Brom

LONDON, 8 Sept – Penyerang kontroversi, Saido Berahino akan terus bermain untuk West Bromwich Albion walaupun perasaannya terhadap pasukan mungkin tidak lagi serupa selepas terbabit dengan kemelut perpindahan, kata pengurus Tony Pulis.

Penyerang skuad B-21 England itu pernah mengugut untuk tidak lagi bermain bersama West Brom selepas gagal berpindah ke Tottenham Hotspur.

Berahino masih lagi disenaraikan Pulis dan dia dijangka kembali menjalani latihan minggu ini selepas diberi cuti tambahan.

Empat bidaan untuk mendapatkan Berahino ditolak West Brom dan dalam laman web Twitter miliknya, dia pernah menulis tidak lagi mahu bermain untuk kelab Midlands itu selagi ia dipengerusikan Jeremy Peace.

“Saya rasa kenyataannya itu ditujukan kepada pengerusi (Jeremy Peace) dan bukannya pemain, pengurusan, kakitangan serta penyokong kelab,” kata Pulis.

Penyerang kontroversi, Saido Berahino. – AFP
Penyerang kontroversi, Saido Berahino. – AFP

“Dia berdepan masalah dengan Jeremy dan sepanjang pengetahuan saya, dia akan terus bermain untuk West Brom,” kata pengurus berusia 57 tahun itu.

“Saya mahu dia kembali dan melupakan semua sengketa. Memang sukar untuk membuatkan dia kembali mesra seperti dulu. Tumpuannya juga pasti terjejas tapi itu adalah kerja yang perlu saya selesaikan.

“Saya tidak fikir dia akan berbincang dengan Jeremy. Dia rasa dirinya dipergunakan,” jelasnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA