Beramah mesra bersama OKU dan anak-anak yatim

Beramah mesra bersama OKU dan anak-anak yatim

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 2 Okt – Bersempena Aidiladha dan sebagai acara tahunan bagi menyumbangkan derma, Syarikat Rennah Services Sdn Bhd mengadakan Majlis Beramah-Mesra bersama-sama Orang Kurang Upaya (OKU) dan anak-anak yatim dari Daerah Belait disini di Jalan Nibung, Rancangan Perumahan Negara Kampung Lumut, Belait.

Seramai 90 orang ahli-ahli dari Pusat Ehsan Cawangan Daerah Belait, Pusat Bahagia Eric Goh serta anak-anak yatim dari beberapa kawasan di Daerah Belait hadir bagi sama-sama memeriahkan suasana di majlis tersebut dengan pelbagai acara sampingan diadakan seperti cabutan bertuah.

Acara dihadiri oleh Pengarah Syarikat Wong Yee Phin dan Pengarah Urusan Syarikat iaitu Dayang Masenah binti Haji Mohamad dan Pengarah syarikat Wong Yee Phin, yang sama-sama menyempurnakan majlis dengan penyerahan sumbangan derma, hadiah dan cabutan bertuah.

Gambar ramai bersama OKU dan anak-anak yatim Daerah Belait ketika Majlis Beramah Mesra yang dianjurkan oleh Syarikat Rennah Services Sendirian Berhad.
Gambar ramai bersama OKU dan anak-anak yatim Daerah Belait ketika Majlis Beramah Mesra yang dianjurkan oleh Syarikat Rennah Services Sendirian Berhad.

Ketika ditemui, Dayang Masenah menceritakan kegembiraan beliau dan kakitangan-kakitangan syarikat tersebut dalam sama-sama menjayakan acara hari ini dan berkata ia adalah sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat itu.

Menurutnya lagi, dari acara ini juga syarikat dapat membantu mengurangkan sebarang beban yang dialami oleh keluarga-keluarga OKU dan anak-anak yatim.

ARTIKEL YANG SAMA