Berang tapak suci dibom

Berang tapak suci dibom

RIYADH, 5 Julai – Keberangan meletus hari ini selepas pengeboman berani mati berlaku di tapak suci kedua Islam di bandar Madinah, Saudi, salah satu daripada tiga serangan ke atas kerajaan itu dalam masa sehari.

Para pemimpin keagamaan dan ahli politik di seluruh Timur Tengah mengecam serangan yang berlaku berhampiran Masjid Nabi itu yang mengakibatkan empat jiwa terkorban dan muncul ketika orang Islam bersiap sedia bagi menyambut Aidilfitri yang menandakan ber-akhirnya bulan suci Ramadan.

Tidak ada yang mendakwa bertanggungjawab atas pengeboman kelmarin di Madinah, Jeddah dan bandar timur Qatif, namun kumpulan Islamic State (IS) telah menekankan para penyokongnya untuk melakukan serangan semasa bulan Ramadan.

Kumpulan jihad itu mendakwa atau telah disalahkan bagi gelombang penembakan dan pengeboman semasa bulan suci tahun ini, termasuk di Orlando, Bangladesh, Istanbul dan Baghdad.

Pengeboman berani mati di Madinah itu muncul semasa solat Maghrib di masjid – tempat Nabi Muhammad dimakamkan dan menarik berjuta-juta jemaah setiap tahun.

Pasukan keselamatan Saudi berkumpul di tapak serangan berani mati berhampiran ibu pejabat kesela-matan Masjid Nabi di Bandar Madinah pada 4 Julai. - AFP
Pasukan keselamatan Saudi berkumpul di tapak serangan berani mati berhampiran ibu pejabat kesela-matan Masjid Nabi di Bandar Madinah pada 4 Julai. – AFP

Kementerian dalam negeri Saudi berkata para pegawai berasa syak ke atas seorang lelaki yang sedang menuju ke Masjid Nabi menerusi lot letak kereta.

“Ketika mereka cuba untuk menghentikannya, dia meletupkan dirinya dengan tali pinggang letupan mengakibatkan kematiannya dan empat anggota polis,” menurut kenyataan itu, menambah bahawa lima yang lain turut cedera.

Sasaran ke atas Madinah sering kali mengakibatkan kemarahan penganut Islam di Arab Saudi dan seluruh dunia Islam.

Ketua Majlis Shura Arab Saudi, badan penasihat kerajaan utama, menggelarnya insiden ‘yang tidak pernah berlaku dahulu’. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA