Berangkat balik meninggalkan Sochi

Berangkat balik meninggalkan Sochi

pg04_160521_e

SOCHI, Rusia, 20 Mei – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat meninggalkan Sochi, Persekutuan Rusia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Komemoratif ASEAN-Rusia ke-20 yang berlangsung di Radisson Blu Resort and Congress Centre, Sochi.

Sebelum berangkat meninggalkan hotel persemayaman Baginda, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Sochi bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Pengarah Jabatan Protokol Negara di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Persekutuan Rusia, Yuri Filatov; Datuk Bandar Sochi, Anatoly Pakhomov; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Haji Haini bin Haji Hashim.

ARTIKEL YANG SAMA