Berangkat bersama rakyat, penduduk Brunei di UK

Berangkat bersama rakyat, penduduk Brunei di UK

Gambar oleh Infofoto

 

LONDON, 14 Dis – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di United Kingdom dan Northern Ireland yang terdiri daripada penuntut-penuntut, pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas, berkursus dan dalam percutian bersama keluarga; dan Penganugerahan Biasiswa ‘The Chancellor’s Scholar’ Universiti Brunei Darussalam bagi Sesi 2015/2016.

Majlis tersebut berlangsung di Hotel Hilton on Park Lane, London, United Kingdom.

Mengiringi keberangkatan Baginda berdua di majlis tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Keberangkatan tiba Baginda berdua berserta ahli kerabat diraja dijunjung oleh Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan isteri, Datin Nurhayana Janis binti Abdullah Lim; serta Yang Di-Pertua Persatuan Penuntut-penuntut Negara Brunei Darussalam di United Kingdom dan Eire (BSUnion), Awang Muhammad Ayyub bin Haji Kamaluddin dan Naib Yang Di-Pertua BSUnion, Dayangku Nurul Hafizah binti Pengiran Mohd Noor Sufian.

Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berserta ahli kerabat diraja dijunjung berangkat ke Wellington Ballroom untuk Majlis Santap.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri semasa majlis santap bersama para pelajar.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri semasa majlis santap bersama para pelajar.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Anugerah Biasiswa ‘The Chancellor’s Scholar’ Universiti Brunei Darussalam kepada Dayang Sarah Hanaa (bawah) dan Awang Muhammad Faiz-Hafiz (atas).
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Anugerah Biasiswa ‘The Chancellor’s Scholar’ Universiti Brunei Darussalam kepada Dayang Sarah Hanaa (bawah) dan Awang Muhammad Faiz-Hafiz (atas).

pg04_151215_d

Baginda Sultan berkenan bercemar duli bersama rakyat.
Baginda Sultan berkenan bercemar duli bersama rakyat.

pg04_151215_c

Baginda Raja Isteri berangkat bercemar duli bersama rakyat.
Baginda Raja Isteri berangkat bercemar duli bersama rakyat.

pg04_151215_g

YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berangkat bercemar duli bersama rakyat.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berangkat bercemar duli bersama rakyat.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri kemudiannya dijunjung bagi menandatangani Lembaran Kenangan.

Baginda berdua berserta ahli kerabat diraja dijunjung bagi sesi bergambar ramai bersama para pegawai kanan Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London serta Yang Di-Pertua dan Naib Yang Di-Pertua BSUnion dan seterusnya sesi bergambar bersama para penerima Anugerah Biasiswa ‘The Chancellor’s Scholar’ Universiti Brunei Darussalam bagi Sesi 2015/2016.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berserta ahli kerabat diraja kemudiannya dijunjung berangkat ke Grand Ballroom bagi Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di United Kingdom dan Northern Ireland.

Majlis dimulakan dengan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam oleh Persatuan Penuntut-penuntut A-Level (BruALs) dan Persatuan Pelajar Brunei Tahun 1, University of Reading.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Awang Ahmad Firdaus bin Haji Mohammad dari University of Essex dan inti sarinya disampaikan oleh Awang Abdul Hafiizh bin Haji Kassim dari University of Bath.

Doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.
Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.
Bacaan ayat suci Al-Quran dibacakan oleh Awang Ahmad Firdaus dan intisarinya disampaikan oleh Awang Abdul Hafiizh.
Bacaan ayat suci Al-Quran dibacakan oleh Awang Ahmad Firdaus dan intisarinya disampaikan oleh Awang Abdul Hafiizh.

pg04_151215_l

Deklamasi Sajak oleh Dayang Siti Nurul Aqilah.
Deklamasi Sajak oleh Dayang Siti Nurul Aqilah.

Awang Muhammad Ayyub dalam sembah alu-aluanya bagi pihak rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang hadir, antara lainnya menyembahkan sembah ikrar taat setia yang tidak berbelah-bahagi kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Selepas mengurniakan titah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan Anugerah Biasiswa ‘The Chancellor’s Scholar’ Universiti Brunei Darussalam kepada dua orang pelajar iaitu Dayang Sarah Hanaa binti Haji Ahmad Ghazali, yang sedang mengikuti pengajian tahun satu ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam jurusan ‘Comparative Literature’ di University College London; dan Awang Muhammad Faiz-Hafiz bin Mohammad Kipli, yang sedang mengikuti pengajian tahun satu ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam jurusan ‘Biochemistry’ di University of Oxford, United Kingdom.

Di majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri juga berkenan menerima pesambah yang disembahkan oleh Yang Di-Pertua dan Naib Yang Di-Pertua BSUnion.

Ini diikuti dengan Persembahan Deklamasi Sajak oleh Dayang Noor Hafizah binti Haji Ajak daripada Aberystwyth University; Awang Muhammad Firas bin Kalong daripada Keele University; dan Dayang Siti Nurul Aqilah binti Haji Zaidin daripada Cheltenham Ladies’ College.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri seterusnya berkenan bagi sesi bergambar ramai bersama para penerima Anugerah Biasiswa ‘The Chancellor’s Scholar’ Universiti Brunei Darussalam bagi Sesi 2015/2016 dengan ibu bapa masing-masing.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berserta ahli kerabat diraja yang lain seterusnya berangkat bercemar duli bersama lebih 2,000 orang rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di United Kingdom dan Northern Ireland yang terdiri daripada penuntut-penuntut, pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas, berkursus dan dalam percutian bersama keluarga.

ARTIKEL YANG SAMA