Berangkat hadiri Majlis Santap Malam

Berangkat hadiri Majlis Santap Malam

MDINA, Republik Malta, 29 Nov – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, selaku wakil peribadi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, malam tadi, berangkat menghadiri Majlis Santap Malam bagi ketua-ketua kerajaan dan wakil ketua-ketua kerajaan Komanwel serta pasangan masing-masing.

Majlis Santap Malam yang dihoskan oleh Perdana Menteri Republik Malta, Tuan Yang Terutama Dr. Joseph Muscat, dan isteri, Puan Michelle Tanti, telah diadakan di The Xara Lodge, The Xara Palace Relais & Châteaux, Mdina, Republik Malta.

Majlis Santap Malam tersebut diserikan lagi dengan persembahan muzik dan nyanyian opera.

Keberangkatan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ke Majlis Santap Malam bagi ketua-ketua kerajaan dan wakil ketua-ketua kerajaan Komanwel.
Keberangkatan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ke Majlis Santap Malam bagi ketua-ketua kerajaan dan wakil ketua-ketua kerajaan Komanwel.

pg01_151130_logo

pg05_151130_a

pg05_151130_c