Berangkat hadiri sidang kemuncak ACD

Berangkat hadiri sidang kemuncak ACD

Gambar oleh Infofoto

 

BANGKOK, Thailand, 5 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha selamat berangkat tiba di Bangkok, Thailand bagi menghadiri Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia (ACD) ke-2 yang akan diadakan pada 9 hingga 10 Oktober di Bangunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Thailand.

Berangkat mengiringi Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan. Keberangkatan tiba Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri di Military Air Terminal 2, Bangkok dijunjung oleh Ahli Majlis Diraja Thailand, Atthaniti Disantha-amnarj dan Timbalan Perdana Menteri Thailand juga Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwon selaku wakil kerajaan Thailand serta pegawai-pegawai kanan kerajaan Thailand.

Juga hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba Baginda berdua dan kerabat diraja ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Thailand, Haji Ismail bin Haji Manap dan isteri.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri seterusnya berkenan berangkat melintasi Kawalan Kehormatan Statik sebelum menaiki kenderaan khas menuju ke sebuah hotel ternama di Bangkok, tempat persemayaman Baginda di sepanjang keberangkatan ke Sidang Kemuncak ACD.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia  dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Isteri berkenan melintasi Barisan Lawalan Kehormatan Statik.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Isteri berkenan melintasi Barisan Lawalan Kehormatan Statik.
Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri di Military Air Terminal 2, Bangkok dijunjung oleh Atthaniti Disantha-amnarj.
Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri di Military Air Terminal 2, Bangkok dijunjung oleh Atthaniti Disantha-amnarj.

Keberangkatan tiba Baginda berdua dijunjung oleh Timbalan Menteri Thailand.
Keberangkatan tiba Baginda berdua dijunjung oleh Timbalan Menteri Thailand.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja lain berangkat meninggalkan Kuala Lumpur.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja lain berangkat meninggalkan Kuala Lumpur.

ACD adalah satu inisiatif yang mengumpulkan 34 buah negara di Asia merangkumi dari Timur Tengah melalui Asia Tengah, Asia Tenggara, dan Timur Laut Asia untuk menangani cabaran serantau dan global serta bekerjasama ke arah kebaikan bagi komuniti Asia. Terdahulu, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan berangkat meninggalkan Kuala Lumpur, Malaysia selepas menghadiri Rundingan Tahunan ke-20 antara Ketua-ketua Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Malaysia dan menghadiri Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam di Malaysia.

Sebelum berangkat meninggalkan hotel, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Keberangkatan tiba Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja di Pangkalan Udara Subang dijunjung oleh Menteri Luar Negeri Malaysia, Datuk Sri Haji Anifah bin Haji Aman dan isteri.

Baginda berdua kemudiannya dijunjung berangkat ke bilik VIP.

Di bilik VIP tersebut, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan menerima pesambah berupa Album Kenangan sempena keberangkatan Baginda berdua ke Malaysia.

Sebelum berangkat menaiki pesawat khas, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan melintasi Barisan Kawalan Kehormatan Statik.

ARTIKEL YANG SAMA