Berangkat hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-27

Berangkat hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-27

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha hari ini selamat berangkat tiba di Kuala Lumpur, Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, pada 21 hingga 22 November.

Berangkat mengiringi Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Turut berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

Keberangkatan tiba Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri di Pangkalan Udara Subang dijunjung oleh Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah bin Zainuddin dan isteri, Datin Norashikin binti Datuk Abdul Ghani; Ketua Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Yang Berbahagia Datuk Wan Hamidah binti Wan Ibrahim serta para pegawai kanan.

Turut hadir menjunjung keberangkatan tiba Baginda berdua ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha dan isteri.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri selamat berangkat tiba di Kuala Lumpur bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan. - Gambar Infofoto
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri selamat berangkat tiba di Kuala Lumpur bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan. – Gambar Infofoto

pg03_151121_a

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah daripada para pegawai dan kakitangan yang berada di Kuala Lumpur, Malaysia.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah daripada para pegawai dan kakitangan yang berada di Kuala Lumpur, Malaysia.
Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada para pegawai dan kakitangan yang berada di Kuala Lumpur, Malaysia. – Gambar-gambar Infofoto
Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada para pegawai dan kakitangan yang berada di Kuala Lumpur, Malaysia. – Gambar-gambar Infofoto

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri seterusnya berkenan melintasi Kawalan Kehormatan Statik yang dianggotai oleh 26 orang anggota Angkatan Tentera Malaysia sebelum menaiki kenderaan khas menuju ke Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, tempat persemayaman Baginda berdua di sepanjang keberangkatan ke sidang-sidang kemuncak berkenaan.

Sejurus keberangkatan tiba di tempat persemayaman, Baginda berdua dijunjung oleh Area Vice President of the Hyatt Hotel and Resort, Datuk Willi B. Martin dan Pengurus Am Hotel Grand Hyatt, Robert Dallimore.

Mengiringi keberangkatan Baginda berdua ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua) Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim dan isteri serta Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar dan isteri.

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan yang akan dihadiri oleh ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN; pemimpin-pemimpin lapan rakan dialog termasuk Australia, Republik Rakyat China, Republik India, Jepun, Republik Korea, New Zealand, Persekutuan Rusia, Amerika Syarikat dan perwakilan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Malaysia. Sidang Kemuncak yang bertemakan ‘Warga Kita, Komuniti Kita, Visi Kita’ ini akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Datuk Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Terdahulu, sebelum berangkat meninggalkan Negara Brunei Darussalam petang tadi, doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned di Istana Nurul Iman.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah para menteri kabinet ketika keberangkatan ke Kuala Lumpur. – Gambar Muiz Matdani
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah para menteri kabinet ketika keberangkatan ke Kuala Lumpur. – Gambar Muiz Matdani
Kerabat diraja lain yang menyembahkan selamat berangkat kepada Baginda berdua. - Gambar oleh Muiz Matdani
Kerabat diraja lain yang menyembahkan selamat berangkat kepada Baginda berdua. – Gambar oleh Muiz Matdani

Berangkat ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam; berserta kerabat diraja yang lain.

Turut menyembahkan selamat berangkat ialah Yang Amat Mulia Pengiran- Pengiran Cheteria; Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara; Menteri-menteri Kabinet; ahli-ahli Majlis Mesyuarat Diraja; timbalan-timbalan menteri; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei; serta isteri masing-masing dan wakil daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA