Berangkat Ke DPMM FC Fanfare

Berangkat Ke DPMM FC Fanfare

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Khairil Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi DPMM FC hari ini berkenan berangkat menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun, DPMM FC S-League Football Fanfare 2016 di Mini Stadium Jerudong.

Turut berkenan menyertai kejohanan itu ialah anakanda Duli Yang Teramat Mulia, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim bersama Pasukan ISB Sharks.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Timbalan Presiden DPMM FC, Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bersama Presiden Persatuan Bolasepak Singapura, Zainudin Nordin dan Ketua Pegawai Eksekutif Liga S, Lim Chin.

Sejurus selepas sembah alu-aluan oleh Timbalan Presiden DPMM FC, barisan pemain DPMM FC membawa keluar dan menyembahkan Piala Liga Singapura yang dimenangi pada musim lalu.

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menyampaikan pingat kepada pasukan juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun, DPMM FC S-League Football Fanfare 2016 di Mini Stadium Jerudong, semalam. – Gambar Infofoto
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menyampaikan pingat kepada pasukan juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun, DPMM FC S-League Football Fanfare 2016 di Mini Stadium Jerudong, semalam. – Gambar Infofoto
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan menyertai kejohanan tersebut.
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan menyertai kejohanan tersebut.

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Rahim kemudiannya berkenan memperkenalkan barisan pemain kepada Presiden Persatuan Bolasepak Singapura dan Ketua Pegawai Eksekutif Liga S.

Barisan pengurus dan peserta dalam Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun, DPMM FC S-League Football Fanfare 2016 juga turut diperkenalkan kepada Presiden Persatuan Bolasepak Singapura dan Ketua Pegawai Eksekutif Liga S diikuti dengan penyampaian jersi kepada semua peserta kejohanan.

Akademi Kilanas B tampil juara bagi kejohanan itu apabila mengalahkan Savilla Junior dalam perlawanan akhir yang berkesudahan dengan mata 1-0.

ARTIKEL YANG SAMA