Berangkat ke Football Funday

Berangkat ke Football Funday

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Abdul Hakim Yakof

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, hari ini, berkenan menyertai pasukan ISB Panther di dalam ‘The Jerudong International School’s (JIS) Football Funday’ di Padang Bola Sepak JIS di sini.

Berangkat bagi menyaksikan perlawanan berkenaan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bagi memberikan sokongan kepada Pasukan ISB Panther.

Juga berangkat ke acara berkenaan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bagi menyaksikan Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb yang menyertai Pasukan ISB Lightning.

Sebanyak 20 buah sekolah dijemput untuk bertanding dalam kejohanan bola sepak lima sepasukan yang dibahagikan kepada beberapa kategori kelompok usia semuda usia sembilan hingga 19 tahun.

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim ketika berkenan beraksi pada kejohanan tersebut.
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim ketika berkenan beraksi pada kejohanan tersebut.
Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya.
Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya.

Antara sekolah yang menyertai ialah Kolej IGS, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Pusat Tingkatan Enam Katok, Pusat Tingkatan Enam Meragang. Sekolah lain yang menyertai kejohanan kali ini ialah Sekolah Menengah Berakas, Sekolah Menengah Menglait, Sekolah Menengah Rimba, Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam, Maktab SOAS, St Andrew’s, St George’s, Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Sekolah Menengah dan Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Hornbill, Sekolah Panaga dan Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).

Menurut Pengarah Sukan JIS, Chris McGeorge, tahun ini merupakan siri ketiga program tersebut diadakan dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.

“Sekolah Antarabangsa Jerudong akan bekerjasama dengan KIA untuk mengadakan inisiatif akar umbi sukan sedikit masa lagi yang antaranya akan melibatkan lebih 1,000 orang kanak-kanak dari seluruh negara,” ujarnya lagi.