Berangkat ke Majlis Berbedak dan Berinai

Berangkat ke Majlis Berbedak dan Berinai

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, malam ini telah berkenan berangkat menghadiri Majlis Berbedak dan Berinai bagi anakanda kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Mujaabah Safaaul Bulqiah binti Pengiran Anak Haji Tahiruddin, yang berlangsung di Chateau AR, Jalan Beribi di sini.

Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah serta ahli-ahli kerabat diraja yang lain.

Di majlis malam ini, Baginda Raja Isteri telah berkenan menculiki bedak kepada pengantin perempuan dan diikuti dengan ahli-ahli kerabat diraja yang lain.

Baginda Raja Isteri berkenan menculiki bedak kepada pengantin perempuan.
Baginda Raja Isteri berkenan menculiki bedak kepada pengantin perempuan.
Baginda Raja Isteri dan kerabat diraja lain semasa berangkat menghadiri majlis berbedak dan berinai pengantin perempuan.
Baginda Raja Isteri dan kerabat diraja lain semasa berangkat menghadiri majlis berbedak dan berinai pengantin perempuan.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah turut berkenan menculiki bedak kepada pengantin perempuan. - Gambar oleh Azrol Azmi
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah turut berkenan menculiki bedak kepada pengantin perempuan. – Gambar oleh Azrol Azmi

pg03_150819_d

Ibunda pengantin, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah berkenan menculiki bedak. - Gambar oleh Azrol Azmi
Ibunda pengantin, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah berkenan menculiki bedak. – Gambar oleh Azrol Azmi
Pengantin perempuan, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Mujaabah Safaaul Bulqiah semasa majlis berbedak dan berinai.
Pengantin perempuan, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Mujaabah Safaaul Bulqiah semasa majlis berbedak dan berinai.

Bacaan doa selamat pula telah dibacakan oleh Pemangku Ketua Hakim Syar’ie, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Salim bin Haji Besar.

Juga berangkat dan hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, menteri-menteri kabinet, timbalan-timbalan menteri, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan ahli-ahli keluarga yang berkenaan.