Berangkat ke Majlis Ceramah Perdana

Berangkat ke Majlis Ceramah Perdana

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Ceramah Perdana, Majlis Ilmu 2016 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016, Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud dalam sembah alu-alunya menjelaskan, Majlis Ilmu ini merupakan salah satu acara utama Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 Tahun.

Dato Paduka Haji Mohd Roselan menyembahkan, keberangkatan Baginda Raja Isteri ke majlis ini merupakan satu dorongan yang sangat berharga kepada rakyat dan penduduk negara ini untuk sentiasa berusaha ke arah mempertingkatkan ilmu sama ada untuk kemajuan diri sendiri, masyarakat, pembangunan negara dan ummah sejagat.

Mengulas mengenai tema Majlis Ilmu pada tahun ini iaitu ‘Menjana Perhubungan Berkat dan Selamat, Pemangkin Kesejahteraan Ummah’, beliau menyembahkan bahawa ia menekankan pentingnya aspek sistem perhubungan selamat lagi diberkati untuk menjamin kesejahteraan ummah dan pembangunan serta kemajuan Negara Brunei Darussalam.

pg01_160825_a

Baginda Raja Isteri bersama kerabat diraja yang lain berkenan berangkat ke Majlis Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin.
Baginda Raja Isteri bersama kerabat diraja yang lain berkenan berangkat ke Majlis Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin.
Kerabat diraja yang turut berangkat ke Majlis Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016, kelmarin.
Kerabat diraja yang turut berangkat ke Majlis Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016, kelmarin.

Beliau seterusnya berkata, dunia pada masa ini menyaksikan perkembangan teknologi perhubungan yang sangat pesat dalam bidang pengangkutan dan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Sistem perhubungan ini merupakan asas kehidupan bagi mencapai keselesaan hidup dan yang penting untuk mendapat keredaan di akhirat.”

Menurut beliau, pada zaman kegemilangan Islam masa dulu, perhubungan bukan saja meluaskan rangkaian perdagangan dan memajukan negara-negara sebaya tapi juga meluaskan dakwah dan pengaruh Islam sebagai ugama yang syumul, progresif dan adaptif kepada keperluan dan kesejahteraan ummah.

“Ia meletakan hukum kepada seluruh masyarakat Islam di mana keperluan untuk mengadakan satu sistem perhubungan yang terbaik dan untuk mengendalikan dengan berkesan adalah satu tuntutan fardu kifayah.” Sehubungan itu, sembah Dato Paduka Haji Mohd Roselan lagi, Ceramah Perdana Majlis Ilmu tahun ini mengetengahkan ceramah perdana yang bertajuk ‘Hubungan Perhubungan Berkat dengan Kesejahteraan Ummah.’

Dato Paduka Haji Mohd Roselan menyampaikan sembah alu-aluannya.
Dato Paduka Haji Mohd Roselan menyampaikan sembah alu-aluannya.
Antara mereka yang menghadiri Majlis Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016 kelmarin.
Antara mereka yang menghadiri Majlis Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016 kelmarin.

Ceramah tersebut yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Profesor Dakwah dan Media, di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Zulkiple bin Abd Ghani menyentuh konsep bagaimana perhubungan yang berkat dapat memberikan kesejahteraan kepada ummah.

Di samping, beliau juga membincangkan teras kepada hubungan perhubungan berkat iaitu keperluan berpegang teguh kepada tali Allah atau konsep ‘Hablum Minallah’ dan ‘Hablum Minannas’ yang menjadikan kekuatan ke arah menentukan kesejahteraan ummah.

Profesor Dr Zulkiple dalam ceramah perdana beliau turut menyentuh perlunya mewujudkan naratif baru yang mengandungi pendekatan dunia baru berwajah sejahtera dengan melihat semua manusia dengan kaca mata persaudaraan dan kasih sayang serta berwawasan mencapai keredaan Allah.

Beliau juga sedikit sebanyak menyentuh aspek dan peranan wanita dalam mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan melalui perhubungan berkat.

ARTIKEL YANG SAMA