Berangkat ke Majlis Resepsi bersama Obama

Berangkat ke Majlis Resepsi bersama Obama

pg01_151001_a

NEW YORK, 30 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha malam tadi berkenan berangkat menghadiri Majlis Resepsi bagi Ketua-ketua negara dan kerajaan yang hadir bagi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sesi ke-70.

Majlis Resepsi tersebut yang dihoskan oleh Presiden Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Barack Obama dan isteri, Puan Michelle Obama, berlangsung di Hotel Lotte New York Palace, New York, Amerika Syarikat.

Mengiringi keberangkatan Baginda berdua ialah Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Abdul Ghafar bin Haji Ismail. – Gambar Infofoto/Rumah Putih

ARTIKEL YANG SAMA