Berangkat ke Majlis Santap Tengah Hari

Berangkat ke Majlis Santap Tengah Hari

Gambar Infofoto

 

NEW YORK, 29 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Tengah Hari dihoskan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon.

Majlis tersebut yang berlangsung di North Delegates Lounge, Conference Building, Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, New York, Amerika Syarikat, adalah sebagai penghormatan kepada ketua-ketua negara dan kerajaan yang menghadiri Perhimpunan Agung PBB sesi ke-70 yang mana Perdebatan Umum Perhimpunan Agung PBB yang bermula semalam (28 September) hingga 6 Oktober 2015.

pg01_150930_a

Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke PBB, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Abdul Ghafar bin Haji Ismail.

ARTIKEL YANG SAMA