Berangkat ke ...

Berangkat ke Mesyuarat Sambutan Jubli Emas

Oleh Sim Y. H.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini, berkenan berangkat ke Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta yang berlangsung di Bangunan JPM, Jalan Perdana Menteri.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, selaku Penaung Jawatankuasa Penasihat Sambutan Jubli Emas, dijunjung oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah selaku ahli Jawatankuasa Penasihat Sambutan Jubli Emas.

Turut menjunjung keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota ialah pengerusi-pengerusi bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohd Nawawi bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Awang Mohd. Taha.

Mesyuarat didahului dengan Doa Selamat yang dibacakan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas, Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan berangkat ke mesyuarat tersebut. Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia  Pengiran Bendahara.
Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan berangkat ke mesyuarat tersebut. Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Bendahara.

Antara ahli jawatankuasa yang menghadiri Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.
Antara ahli jawatankuasa yang menghadiri Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

Sembah alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar pada mesyuarat itu.
Sembah alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar pada mesyuarat itu.

Mesyuarat diteruskan dengan sembah alu-aluan daripada Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar kemudian Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan mengurniakan sabda.

Pada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi kali ini, pengerusi-pengerusi bersama bagi Jawatankuasa-jawatankuasa Sektoral Sambutan Jubli Emas telah menyembahkan taklimat laporan perkembangan terkini mengenai persediaan program-program dan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Antara perkara utama yang dilaporkan ialah acara kemuncak sambutan iaitu Upacara Perarakan Diraja sebagaimana juga yang telah dikendalikan semasa Sambutan Jubli Perak pada1992.

Perbincangan pada mesyuarat berkenaan menunjukkan perkembangan yang positif dalam persediaan keperluan-keperluan sambutan dan mencerminkan komitmen yang berterusan daripada jawatankuasa-jawatankuasa sektoral ke arah memastikan Sambutan Jubli Emas dilaksanakan dengan sempurnanya nanti.

ARTIKEL YANG SAMA