Berangkat ke NY

Berangkat ke NY

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha malam ini berkenan berangkat ke New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sesi ke-70.

Berangkat mengiringi Baginda berdua ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

pg01_150825_c

pg01_150825_d

Paduka anakanda dan paduka adinda Baginda Sultan melambai tangan mengucapkan selamat berangkat kepada Baginda berdua.
Paduka anakanda dan paduka adinda Baginda Sultan melambai tangan mengucapkan selamat berangkat kepada Baginda berdua.

Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah, serta kerabat diraja yang lain.

Berangkat sama dan hadir di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi menyembahkan selamat berangkat ialah Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria; menteri-menteri Kabinet; ahli-ahli Majlis Mesyuarat Diraja; timbalan-timbalan menteri; pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; dan pemangku pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, serta isteri masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA