Berangkat merasmikan Hari AMBD

Berangkat merasmikan Hari AMBD

Oleh Sim Y. H.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mei – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, hari ini, berkenan berangkat bagi merasmikan Hari Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) 2015 yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Keberangkatan Duli Pengiran Muda Mahkota dijunjung oleh Menteri Pembangunan selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Kewangan II di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Ali bin Apong serta ahli-ahli Lembaga Pengarah AMBD yang lain.

Turut hadir ialah menteri-menteri kabinet, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Lembaga Pengarah AMBD dan Lembaga Penyeliaan Kewangan Syariah, para pesuruhjaya tinggi, duta-duta, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, pegawai kanan kerajaan, ketua eksekutif institusi-institusi kewangan dan syarikat-syarikat di Negara Brunei Darussalam dan para jemputan khas.

Majlis dimulakan dengan laungan lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan diteruskan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat yang dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Abdul Hamid bin Bakal.

Pengarah Urusan AMBD, Awang Yusof bin Haji Abdul Rahman dalam sembah alu-aluannya menyatakan bahawa sambutan Hari AMBD itu merupakan satu lagi detik bersejarah bagi AMBD sejak penubuhannya pada 2011.

Keberangkatan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota.
Keberangkatan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota.

pg12_150529_c

pg12_150529_h

Duli Yang Teramat Mulia berkenan menyaksikan Pameran Hari AMBD 2015.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menyaksikan Pameran Hari AMBD 2015.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai bersama kakitangan Bank TAIB.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai bersama kakitangan Bank TAIB.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai bersama kakitangan Takaful.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai bersama kakitangan Takaful.

pg12_150529_f

Hari AMBD dengan membawa tema Facilitating Your Financial Future, adalah amat bersesuaian dan menepati kehendak aspirasi negara ke arah mewujudkan masyarakat yang inklusif dan celik kewangan.

“Ini juga adalah selaras Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Sambutan Tahun Baru Hijrah 1430 yang antara lainnya menekankan bagi rakyat negara ini untuk terus bergerak dalam meningkatkan taraf hidup, sesuai dengan matlamat mencapai tahap kemiskinan sifar serta mendukung matlamat Wawasan 2035, khususnya di dalam meningkatkan kualiti rakyat Negara Brunei Darussalam.”

Awang Yusof juga menekankan bahawa Hari AMBD 2015 bermatlamat untuk menggalakkan budaya menabung dan pengurusan kewangan yang berhemat serta orang ramai selaku pengguna produk dan perkhidmatan kewangan diharap akan lebih peka dan memahami peranan serta tanggungjawab AMBD.

Duli Pengiran Muda Mahkota kemudian berkenan mengurniakan sabda perasmian dan seterusnya menerima pesambah daripada Awang Yusof yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pandu Hari AMBD 2015.

Majlis kemudian menyaksikan persembahan multimedia mengenai Hari AMBD 2015 dan aplikasi telefon pintar AMBD yang diperkenalkan. Majlis juga diserikan dengan persembahan teater bertajuk Tabung Katuk, yang dipersembahkan oleh Kumpulan Putera Seni.

Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan berangkat ke Dewan Plenary bagi melawat Pameran Hari AMBD 2015 yang terbahagi kepada Pavilion AMBD dan pameran daripada institusi-institusi kewangan yang berlesen di negara ini dan agensi-agensi kerajaan termasuk Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan Brunei Deposit Protection Corporation (BDPC), Kementerian Kewangan, Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB), Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja (APTK), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

pg12_150529_e

pg12_150529_g

Duli Yang Teramat Mulia kemudian berkenan merasmikan Pavilion AMBD yang mempamerkan fungsi dan peranan AMBD serta pencapaian AMBD setakat ini. AMBD juga mengadakan demonstrasi cara-cara menggunakan aplikasi telefon pintar AMBD dan cara-cara menggunakan perkhidmatan Self-Inqury Report di Biro Kredit AMBD.

Seterusnya, Duli Pengiran Muda Mahkota berkenan berangkat mengunjungi pameran institusi-institusi kewangan dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

Pameran ini dibahagikan kepada tiga zon dengan konsep Perjalanan Kehidupan (Jouney of Life) di mana institusi-institusi dan agensi berkenaan menawarkan produk-produk serta perkhidmatan masing-masing mengikut tiga jenis peringkat iaitu awal kehidupan (early life), kehidupan bekerja (working life) dan usia emas (golden age).

Duli Pengiran Muda Mahkota juga berkenan bergambar ramai bersama ahli-ahli Lembaga Pengarah AMBD dan ketua-ketua Jawatankuasa Kerja Hari AMBD 2015.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima junjung ziarah daripada ahli-ahli Lembaga Pengarah AMBD, ketua institusi-institusi yang turut serta di Pameran Hari AMBD 2015 serta pegawai dan kakitangan AMBD.

Hari AMBD 2015 diadakan selama tiga hari, sehingga 30 Mei yang mula dibukakan kepada orang ramai bermula hari ini pukul 12 tengah hari hingga 6 petang, Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi dan pukul 2 petang hingga 9 malam dan Sabtu bermula pukul 9 pagi hingga 9 malam.

ARTIKEL YANG SAMA