Berangkat sertai Polo Hari Keputeraan

Berangkat sertai Polo Hari Keputeraan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Khairil Hassan, Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat dan menyertai pasukan Baginda, Brunei Polo dalam Kejohanan Polo bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-70 Tahun.

Berangkat menyaksikan dan seterusnya berkenan menyampaikan hadiah di perlawanan yang berlangsung di Royal Brunei Polo and Riding Club Jerudong ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

Pada perlawanan Gold Cup, Pasukan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang turut disertai oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah serta Adolfo Cambiaso menang ke atas Pasukan AHMIBAH dengan mata 4-1.

Pasukan AHMIBAH pula dipimpin oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan disertai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Seri Paduka Haji Abdul Wahab bin Haji Md Said dan Pablo Macdonough.

Baginda Sultan berkenan menerima ‘Bolkiah Trophy’ yang disembahkan oleh DYTM Pengiran Perdana Wazir, setelah  pasukan Baginda berjaya menjuarai  Kejohanan Polo bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia  yang ke-70 Tahun.
Baginda Sultan berkenan menerima ‘Bolkiah Trophy’ yang disembahkan oleh DYTM Pengiran Perdana Wazir, setelah pasukan Baginda berjaya menjuarai Kejohanan Polo bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang ke-70 Tahun.
Baginda Sultan berkenan bergambar ramai selepas Kejohanan Polo tersebut. - Gambar oleh Khairil Hassan
Baginda Sultan berkenan bergambar ramai selepas Kejohanan Polo tersebut. – Gambar oleh Khairil Hassan
Baginda Sultan berkenan  bergambar ramai bersama ahli pasukan baginda, Brunei Polo. - Gambar oleh Infofoto
Baginda Sultan berkenan bergambar ramai bersama ahli pasukan baginda, Brunei Polo. – Gambar oleh Infofoto
 Antara aksi Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa perlawanan tersebut.- Infofoto
Antara aksi Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa perlawanan tersebut.- Infofoto

Pada Chukka pertama Baginda Sultan membuka tirai jaringan apabila berjaya menjaringkan gol diikuti jaringan oleh Adolfo Cambiaso sebelum jaringan balas yang dijaringkan Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Seri Paduka Haji Abdul Wahab pada Chukka kedua untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Tiada jaringan dibuat oleh kedua-dua pasukan pada Chukka ketiga sebelum Baginda Sultan menambah dua jaringan pada Chukka ke empat untuk menjadikan kedudukan 4-1 di pihak Pasukan Brunei Polo.

Pada perlawanan pertama Pasukan All Stars yang disertai PA Ali, Azeez Jaafar, Huzaimi Mahari dan Faris Abdullah pula menang ke atas Pasukan Police-Army dengan mata 5-4.

Pasukan Police-Army diwakili oleh Inspektor Kanan Pengiran Khairul, Superintenden Kanan Haji Hassan, Mejar Eswandi dan Leftenan Kolonel Mohd Huzaimi.

ARTIKEL YANG SAMA