Berangkat tiba di KL

Berangkat tiba di KL

Oleh Muiz Matdani

Gambar oleh Muiz Matdani & Infofoto

 

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha selamat berangkat tiba di Kuala Lumpur, Malaysia bagi menghadiri Rundingan Tahunan ke-20 di antara Ketua-ketua Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Malaysia yang akan diadakan pada 4 Oktober 2016.

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Isteri ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan beserta ahli-ahli kerabat diraja yang lain.

Keberangkatan tiba Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri beserta kerabat diraja di Pangkalan Udara Subang dijunjung oleh Menteri Luar Negeri Malaysia, Datuk Sri Haji Anifah bin Haji Aman dan isteri; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia selaku menteri pengiring, Tan Sri Noh bin Omar dan isteri; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman; serta para pegawai kanan kerajaan Malaysia.

Turut hadir menjunjung keberangkatan tiba Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Datin; Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar dan Datin; serta Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Dato Paduka Haji Awang Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha dan Datin.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri seterusnya berkenan berangkat melintasi kawalan kehormatan statik yang dianggotai oleh dua pegawai dan 26 anggota Batallion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai oleh Kapten Safwan Jaafar sebelum menaiki kenderaan khas menuju ke sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, tempat persemayaman Baginda di sepanjang keberangkatan ini.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri ketika berkenan berangkat melintasi kawalan kehormatan statik di Pangkalan Udara Subang.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri ketika berkenan berangkat melintasi kawalan kehormatan statik di Pangkalan Udara Subang.
Keberangkatan tiba Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri di Pangkalan Udara Subang, Kuala Lumpur. Berangkat mengiringi Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri ialah YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; YTM Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; dan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna beserta ahli-ahli kerabat diraja yang lain.
Keberangkatan tiba Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri di Pangkalan Udara Subang, Kuala Lumpur. Berangkat mengiringi Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri ialah YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; YTM Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; dan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna beserta ahli-ahli kerabat diraja yang lain.

Rundingan Tahunan di antara Ketua-ketua Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telah dijalankan sejak tahun 1997, dan Rundingan Tahunan Ke-19 telah diadakan pada 11 Ogos 2015 di Negara Brunei Darussalam.

“Rundingan ini merupakan acara penting dalam kalender tahunan kedua-dua negara, dan platform peringkat tertinggi perbincangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama,” menurut kenyataan itu.

Siri Rundingan Tahunan Antara Ketua-ketua Kerajaan Brunei dan Malaysia diadakan secara bergilir-gilir antara kedua-dua negara.

Wisma Putra berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan lawatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri itu sebagai susulan kepada rundingan tahun lepas dalam usaha untuk terus memupuk dan mengukuhkan lagi kerjasama yang telah sekian lama terjalin antara Malaysia dan Brunei.

Terdahulu, sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Doa Selamat dibacakan di Istana Nurul Iman sebelum Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan berangkat ke Kuala Lumpur.
Doa Selamat dibacakan di Istana Nurul Iman sebelum Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan berangkat ke Kuala Lumpur.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri ketika berkenan berangkat ke Kuala Lumpur.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri ketika berkenan berangkat ke Kuala Lumpur.
Ahli-ahli kerabat diraja yang lain berangkat ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri.
Ahli-ahli kerabat diraja yang lain berangkat ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri.

Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah serta kerabat diraja yang lain.

Juga berangkat sama, cucunda-cucunda Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah; Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Raqiib; dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb.

Berangkat sama dan hadir di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi menyembahkan selamat berangkat ialah Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria; Menteri-menteri Kabinet; ahli-ahli Majlis Mesyuarat Diraja; timbalan-timbalan menteri; pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; pesuruhjaya Polis Diraja Brunei; beserta isteri masing-masing dan Kuasausaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA