Berangkat untuk lawatan rasmi ke Singapura

Berangkat untuk lawatan rasmi ke Singapura

Oleh Muiz Matdani

 

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Duta Berkelana di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, berangkat ke Republik Singapura bagi lawatan rasmi pada 8–10 Mei 2015.

Lawatan rasmi Yang Teramat Mulia ke Republik Singapura itu adalah atas jemputan Puan Yang Terutama Grace Fu Hai Yien, Menteri (di Pejabat Perdana Menteri), Menteri Alam Sekitar dan Sumber-Sumber Air Kedua, dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Republik Singapura.

pg01_150508_a

Yang Teramat Mulia diiringi Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz. Kelihatan Yang Teramat Mulia berkenan menerima junjung ziarah sebelum berangkat ke Singapura, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA