Berani menega...

Berani menegakkan keadilan

ULASAN BUKU OLEH RAZ AS

 

BUKU Mrs. Sherlock Holmes karya Brad Ricca ini mengisahkan tentang kisah sebenar mengenai Grace Humiston, seorang detektif dan peguam wanita yang meninggalkan kehidupan di Kota New York untuk menjadi salah seorang yang terhebat dalam bidang tersebut pada era di mana wanita masih belum terlibat dalam penyiasatan kes-kes pembunuhan.

Setelah bersetuju untuk menerima kes Cruger yang penuh sensai, Grace bersama rakan sejawatannya yang berpengalaman Detektif Julius J. Kron, menyiasat jaringan yang penuh dengan bahaya, anggota polis yang bermuka talam, terowong-terowong bawah tanah, khabar-khabar angin mengenai penghambaan manusia dan lelaki berwajah pucat yang penuh misteri. Yang pastinya pasangan tersebut menyedari bahawa mereka mempunyai masa yang suntuk.

Dengan perinsip yang dipegangnya bahawa keadilan adalah untuk orang-orang yang teraniaya, Grace telah mengembara ke seluruh dunia untuk menyelesaikan kes-kes yang pelik. Daripada menyelamatkan tahanan yang tidak bersalah daripada hukuman mati kepada menyiasat sebuah pulau di Arkansas yang menyembunyikan rahsia hitam. Dari dewan kongres sehinggalah ke tinggalan menara zaman dahulu di Itali.

Dengan perinsip yang dipegangnya bahawa keadilan adalah untuk orang-orang yang teraniaya, Grace, seorang detektif dan peguam wanita terkenal telah mengembara ke seluruh dunia untuk menyelesaikan kes-kes yang pelik.
Dengan perinsip yang dipegangnya bahawa keadilan adalah untuk orang-orang yang teraniaya, Grace, seorang detektif dan peguam wanita terkenal telah mengembara ke seluruh dunia untuk menyelesaikan kes-kes yang pelik.

Grace banyak menyelasaikan kes-kes misteri meskipun dia sedang bercuti dan ini menyebabkan nyawanya diburu oleh sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka Black Hand.

Grace telah dilantik menjadi wanita pertama memegang jawatan penguam daerah di Amerika Syarikat dan juga detektif konsultasi wanita pertama di NYPD. Meskipun telah banyak mengecapi kejayaan dalam bidang keadilan, Grace mula menyedari hubungan yang menakutkan di dalam kes-kes yang pernah diselesaikannya dahulu.

Sebuah biografi naratif pertama mengenai wanita hebat yang mendapat nama timangan daripada detektif terhebat fiksyen oleh pihak media, kisah yang memukau ini akan mendedahkan kaitan di antara kes-kes wanita hilang, peranan media dan kebenaran di sebalik kisah-kisah jenayah di mana seorang wanita yang cukup hebat dan terkenal boleh dilupakan begitu sahaja.

ARTIKEL YANG SAMA