Beratur panjang mendapatkan BR1M

Beratur panjang mendapatkan BR1M

GEORGE TOWN, 28 Dis – Orang ramai beratur di luar bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memohon dan mengemas kini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di cawangan LHDN hari ini.

Menurut laporan akhbar tempatan hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa orang ramai yang belum memohon atau ingin mengemas kini permohonan BR1M bagi 2016 diminta melakukannya segera sebelum 31 Disember ini.

Pada pengumuman Bajet 2016 lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan kategori melibatkan isi rumah pendapatan bawah RM3,000 dengan jumlah BR1M dinaikkan dari RM950 kepada RM1,000.

Bagi kategori isi rumah pendapatan bawah RM3,001 hingga RM4,000 jumlah BR1M akan menerima RM800. – Bernama

Orang ramai beratur mengemas kini Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). – Bernama
Orang ramai beratur mengemas kini Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). – Bernama