Beratus peminat gesa Messi untuk kembali

Beratus peminat gesa Messi untuk kembali

BUENOS AIRES, Argentina, 3 Julai – Beratus-ratus peminat Lionel Messi berkumpul dalam hujan di ibu negara Argentina, semalam bagi menuntut Lionel Messi kembali ke pasukan kebangsaan negara itu selepas dikejutkan dengan berita beliau akan bersara daripada skuadnya.

Messi mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan pasukan kebangsaan Argentina selepas ia tewas kepada Chile pada tendangan penalti minggu lepas dalam perlawanan akhir Copa America di Amerika Syarikat.

Sokongan untuk Messi amat menggalakkan di media sosial dengan tokoh-tokoh sukan, artis dan ahli politik menggesa beliau untuk kembali. Papan tanda dan tanda-tanda di seluruh bandar juga memintanya untuk terus kekal.

Dengan keadaan hujan yang turun, beberapa ratus peminat berkumpul untuk menggesa wira mereka untuk kembali, bukan beribu-ribu seperti yang telah dijangkakan.

Sebahagian penduduk Argentina mengadakan bantahan dalam hujan bagi menuntut Lionel Messi kem-bali ke pasukan kebangsaan negara di Buenos Aires, Argentina semalam. - AFP
Sebahagian penduduk Argentina mengadakan bantahan dalam hujan bagi menuntut Lionel Messi kem-bali ke pasukan kebangsaan negara di Buenos Aires, Argentina semalam. – AFP

Messi, yang berpindah ke Barcelona pada usia 13, sering menghadapi kritikan di Argentina kerana dia gagal menjadikan negaranya juara utama – berbeza dengan kejayaan beliau berulang kali di Barcelona.

“Messi adalah pemain terbaik dalam sejarah, kedua-dua dalam bola sepak Argentina dan antarabangsa. Saya tidak fikir kita akan melihat satu lagi sepertinya dalam seribu tahun akan datang,” kata peminat Hernan Sanchez semasa perhimpunan di Buenos Aires. – AP