Beratus pencari perlindungan hadapi masalah

Beratus pencari perlindungan hadapi masalah

SYDNEY, 27 April – Dasar imigresen Australia menghadapi masalah hari ini selepas Papua New Guinea mengarahkan sebuah kem pemprosesan ditutup, meninggalkan nasib beratus pencari perlindungan dalam keadaan belum pasti.

Tindakan untuk menutup pusat di pulau Manus yang dibiayai oleh Australia menyusuli satu keputusan Mahkamah Tinggi semalam bahawa penahanan orang di sana tidak mengikut perlembagaan dan tidak sah.

Memberikan tekanan seterusnya ke atas Canberra, beberapa minggu tinggal sebelum kempen pilihan raya, seorang pelarian Iran membakar dirinya ketika satu lawatan oleh pegawai PBB ke Nauru, sebuah lagi negara Pasifik di mana Australia menghantar orang pelarian.

“Menghormati keputusan mahkamah ini, Papua New Guinea akan meminta kerajaan Australia supaya membuat pengaturan alternatif untuk pencari perlindungan yang kini ditahan di Pusat Pemprosesan Serantau,” kata Perdana Menteri Papua New Guinea Peter O’Neill merujuk kepada kem Manus. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA