Beratus-ratus bantah perjanjian mengaibkan isu perhambaan seksual

Beratus-ratus bantah perjanjian mengaibkan isu perhambaan seksual

SEOUL, 30 Dis – Wanita Korea Selatan yang dipaksa dalam perhambaan seksual masa perang dan beratus penyokong mengadakan rapat hari ini membantah perjanjian ‘mengaibkan’ dengan Jepun bertujuan untuk menyelesai isu berkenaan, dan berikrar akan terus berjuang untuk menegakkan keadilan.

Jepun mengeluarkan satu kenyataan maaf dan bayaran berjumlah satu billion yen pada Isnin lalu kepada 46 wanita Korea Selatan yang masih hidup, di bawah satu perjanjian yang digambarkan oleh kedua-dua negara sebagai ‘muktamad dan tidak dapat ditarik balik.’

Masalah ‘wanita penghibur’ yang dipaksa bekerja di rumah pelacuran tentera Perang Dunia Kedua merupakan satu isu beremosi yang selama berdekad-dekad lamanya telah menjejas hubungan dengan Jepun, yang memerintah semenanjung Korea dari 1910 hingga 1945.

Perjanjian bersejarah itu telah menerima reaksi marah daripada mangsa dan aktivis, yang membantah keengganan Tokyo untuk memikul tanggungjawab formal.

Jepun berkata bayaran satu billion yen itu bertujuan ‘memulih maruah wanita’ tetapi bukannya bayaran pampasan rasmi. – AFP

Pelajar memegang potret si mati bekas  ‘wanita penghibur’ Korea Selatan semasa perhimpunan mingguan anti-Jepun di hadapan kedutaan Jepun di Seoul.- Reuters
Pelajar memegang potret si mati bekas ‘wanita penghibur’ Korea Selatan semasa perhimpunan mingguan anti-Jepun di hadapan kedutaan Jepun di Seoul.- Reuters

ARTIKEL YANG SAMA